Friday, October 26, 2012

Jurnal Garu #8

Perkara paling 'rare' yang aku akan buat adalah benarkan orang lain mengatur dan mengawal hidup aku. Vise versa, ianya juga perkara paling akhir untuk aku lakukan, iaitu, mengatur dan mengawal hidup orang lain.

Aku tidak akan sesekali benarkan orang lain mengawal hidup aku. Balasannya, aku juga tidak akan mengawal kehidupan orang lain. Selain itu, perkara paling tidak aku akan lakukan adalah 'menghakimi' orang lain. Baik dan salah itu kadangkala sangat subjektif, tambah-tambah lagi imoralis seperti aku. Apa yang 'benar' dan 'salah' itu bukan dalam konteks sempit yang hanya dilihat berdasarkan dogma-dogma kepercayaan spiritual. Ianya lebih dari itu.

Setiap hari aku bernekad, untuk menjalankan hidup aku sejujur mungkin. Tidak menyakiti makhluk lain. Dan yang paling penting, Aku hidup dengan cara aku. Di dalam masa yang sama, aku juga membiarkan pemikiran aku terbuka, dan sering bereksperimentasi dengan kehidupan ini. Sekiranya kehidupan aku sekarang salah, aku akan cari dan betulkan. Sekiranya jalan yang aku pilih ini  belum lagi betul, aku cari lagi intipati 'kebenaran' yang terdapat dalam hidup ini.

Apabila aku melanggar 'jangan' dan 'larangan', aku belajar sekiranya 'jangan' dan 'larangan' itu sememangnya tidak baik untuk aku. Aku mengambil risiko untuk mengalami sendiri konsekuensinya. Ya, kadang-kadang memang amat menyesal, tetapi lebih baik menyesal melakukannya dari menyesal tidak melakukan apa-apa.

Namun, selalunya, 'jangan' dan 'larangan' itu bersifat sebaliknya, terdapat banyak 'jangan' dan 'larangan' yang menjadikan aku adalah aku seperti sekarang. Dan aku amat selesa dengan diri aku sekarang. Sebagai diri aku sendiri. Bukan hidup berdasarkan apa yang dimahukan oleh orang lain, atau mengikut pandangan orang lain.

Dengan cara dan pegangan hidup seperti ini juga, hidup bagi aku adalah satu advencer yang tidak berkesudahan. Ada sahaja perkara baru yang berlaku. Graf hidup aku sentiasa meningkat dan memanjat dari satu titik ke titik yang lebih tinggi. kalau ia mula mendatar, aku akan resah, aku mula mencari jalan (bagi orang skema : mencari masalah) untuk aku terus berhibur dengan hidup aku.

Aku tidak mahu kehidupan biasa. Hidup dengan mengikut 'skema' itu adalah membosankan. Tiap-tiap hari menjalankan rutin. Hati dan jiwa sentiasa gebu tidak terusik. Tiada cabaran, tiada rempuhan adrenalin. Hidup yang comel.

Aku lebih suka 'mencabar' dari tunduk dan mengikut sahaja . Aku tidak dapat bayangkan sekiranya hidup aku jadi seperti ini... bangun, kerja, bayar petrol, makan nasi, keluar jumpa kawan, sembang perkara sama, balik rumah, tengok peti bongok, tidur dan esoknya kitaran skema dan comel ini berulang. Duh.....

Dan sekarang, aku sudah mula rindukan 'bilik' aku di lorong garu. Kampung ini. Membosankan. Harap esok, kalau tiada masalah. Aku sudah mahu balik ke 'teritori' yang tidak stabil itu.





Jurnal Neraka #3 (Dapur Neraka)

Raya bagi seorang anarkis seperti aku adalah seluar jeans pendek hitam, dan baju T-shirt. Tiada hati menjenguk ke tempat orang menyembelih binatang. Pendek kata, hari ini seperti hari yang biasa. Tidak ramai yang mengucap selamat juga. Mungkin tahu aku tidak menyambutnya secara beria.

Apa yang menarik hari ini ialah seawal pukul 2 petang tadi aku sudah ke Tesco berdekatan rumah aku, beli daging, kepak ayam, lamb dan segala barang keperluan untuk aku ber'grill malam ini. Adik aku telah menaja semua keperluan yang aku perlukan, untuk makan seramai 8 orang, aku habiskan kurang dari 100 ringgit untuk menyediakan makan malam ala barat.

Tiada lemang, nasi impit, ketupat dan rendang, Gantinya, aku perlu pastikan makan malam ini 'superb'. Menu grill malam ini aku campurkan citarasa Caribbean dan Asia ( Korea ). Untuk daging dan lamb, aku gunakan resipi Haitian Voodoo Stick, pedas dan berasap. Manakala, Untuk kepak ayam, aku pilih citarasa timur iaitu perapan minyak bijan dan kicap.

Karbohidratnya pula dari kentang herba grill dan Spaghetti Carbonara. Semangkuk Caesar Salad juga untuk melengkapi menu makan malam tersebut.

Dibantu oleh adik aku dan bapak aku, aku jadi ketua Chef, memastikan semua makanan itu dimasak dan berjaya dihidangkan. Berkat menonton 'License To Grill' dan 'Hell's Kitchen' aku berjaya menghasilkan makan malam yang superb, ya memang aku bangga diri, tapi itulah kenyataannya, Superb! dan yang paling penting, menyeronokkan!

Keluarga aku ada ahli baru, adik lelaki aku itu, baru sahaja berkahwin, so aktiviti bbq/grill ini jadi sangat menyeronokkan apabila ada orang baru yang sangat excited dengan budaya famili aku yang sangat membudayakan 'makan' ini.




Lepas makan, semua tersadang depan peti bongok, aku perlahan-lahan masuk ke bilik. Ada proposal kertas kerja yang perlu diselesaikan.




Thursday, October 25, 2012

Jurnal Neraka #2

Di luar sana, manusia sibuk nak beraya. Aku tiada hati nak menyambutnya. Perancangan aku terperuk di dalam bilik sambil membaca buku-buku fiksyen yang aku beli secara murah di kompleks Chow Rasta tadi. Bersenggama dengan buku, itu lebih 'menyeronokkan' dari menyarung baju melayu yang secara praktikalnya langsung tidak praktikal di pakai di sebuah negara yang beriklim panas ini.

Selain itu, aku hampir pasti, keluarga aku pun tidak menyambutnya. Oleh itu, tiada poin untuk aku balik kampung.

Dalam baring-baring sambil membaca 'The Last Don' ( Mario Puzo) yang aku beli dengan harga 3 ringgit, telefon aku berdering ( sebenarnya istilah itu tak betul sebab nada dering aku tak 'berdering' tapi ianya satu lagu - Losing My Religion- dari R.E.M)

Aku tengok nama adik aku tertera di skrin telefon. Aku angkat;

" Fucker, balik kampung tak?" Adik aku memang mempunya lenggok bahasa yang indah.

" Tak... malas lah ..."

" Balik la Bro, aku beli lamb, sosej bagai, nak suruh kau BBQ"

" La, tak cakap awal..."

" Balik lah, kita buat BBQ party, semua benda dah ada, tunggu nak kau marinated je..."

Aku berfikir dua saat. Melihat aku lambat menjawab, adik aku pancing lagi;

" Aku bawak X-Box balik ni, Fifa 13, jom... ada berani?"

" Jom!!!"

Aku memang tak boleh elak dengan benda alah itu. Masih tak puas lagi aku berentap dengan dia tempoh hari. Lagipun, siapa yang tak excited dengan  Fifa 13?.

Ok, kesudahannya, aku sudah sampai kampung aku. Malam kejap lagi. Party Like A Rock Star. di surau sayup-sayup dengar suara orang bertakbir.


Wednesday, October 24, 2012

Jurnal Garu #7

Tidur selama beberapa jam, aku terbangun pukul 9.00 pagi tadi dan turun bersarapan. Kudapan yang dipilih apa lagi kalau bukan telur omega separuh masak dua biji, dan roti bakar sapu kaya nipis. Minum air milo panas. Aku tidak pilih teh dan kopi kerana masih trauma dengan sakit perut semalam.

Alex tidak kelihatan, aku tidak bertanya tentang Alex pada Ah Soh. Ah Soh pun hari ini nampak macam masam mencuka. Mood tidak baik mungkin. Aku hanya senyum kepadanya masa perempuan cina tua itumeletakkan pinggan berisi telur dan roti bakar di hadapan aku.

Sedang aku hirup milo panas. Aku hampir-hampir tersembur apabila dari pintu utama restoran, berjalan masuk 3 orang gadis. Berseluar pendek dan berkemaja T santai. Salah seorangnya aku kenal. Dia yang menghantar MMS kepada aku semalam. (sila rujuk Jurnal Garu #5).

Restoran sekecil itu, amat mustahil gadis itu tidak nampak aku. Entah mana datangnya rasa panik ini? Aku harap dia tidak datang ke arah aku. Aku pemalu. Dan dengan rambut kusut masai dan belum mandi ini. Aku tidak bersedia untuk berbual mesra dengan sesiapa.

Apa yang aku bimbangkan terjadi. Gadis itu nampak aku, aku buat-buat cool. Nyalakan rokok dan senyum padanya, kemudian aku cipta 'stage-business' aku sendiri agar tidak kelihatan janggal, 'stage-business' paling klise adalah dengan mengeluarkan telefon bimbit dan konon-konon menaip teks. Gadis berambut panjang lurus sehingga ke pinggang itu, senyum balik dan kemudian, mimpi ngeri aku bermula apabila dia bangun dan berjalan ke arah aku.

Alamak.....


Gadis itu menarik kerusi kayu di hadapan aku. Dia duduk sambil masih lagi tersenyum. Mukanya nampak pucat tanpa sebarang solekan. Hati aku berdegup kencang. Tapi seperti biasa. Aku berjaya mengawal keadaan dan kegugupan aku agar tidak terserlah...

" Selamat pagi... boleh saya duduk disini?" Katanya sambil meletakkan siku tangan kanan di atas meja dan memangku dagunya dengan tangan tersebut.

" Awak dah duduk pun..." Balas aku cuba berlawak. Dia tergelak kecil. Gelak kecil yang nakal. Sambil itu dia menjeling ke arah dua orang rakannya yang begitu teruja melihat situasi kami.

" Makan seorang sahaja?"

" Tadi ya seorang...sekarang awak ada... maknanya sudah berdua..."

" hahahaha... awak ini lucu juga ya" Gelakan kecilnya semakin nyaring. Wajahnya kemerah-merahan setiap kali dia tertawa.

" Nama saya Sukma... awak?" Dia memperkenalkan dirinya. Aku memperkenalkan nama aku.

"Kerja ya disini?" Sukma masih cuba lagi untuk mendapatkan maklumat tentang diri aku. Aku tidak selesa keadaan ini berlanjutan. Seperti yang aku sudah beritahu. Aku tidak mahu orang yang baru aku kenali banyak tahu tentang diri aku. Biar aku yang tahu tentang diri mereka.

" Tidak, masih belajar... awak kerja ya disini?" Aku cepat-cepat mengajukan soalan agar dia tidak menguasai perbualan tersebut dengan menyoal aku itu dan ini. Namun, aku lupa, profesyennya agak sensitif. Dia kelihatan serba salah untuk menjawab.

"iya.................... kerja.... dulunya kerja kilang...tapi..." Sukma teragak-agak untuk menjawab. Dia tahu aku tahu dia kerja apa, dan aku juga agak bodoh kerana mengajukan soalan tersebut. Aku dengan pantas cuba memperbaiki keadaan yang janggal itu.

" Eh, tidak apa, tiada apa-apa masalah bagi saya. Itu cuma kerja sahaja...Itu semua kawan-kawan Sukma ya?" Aku harap penukaran topik kepada isu peribadi kepada pertanyaan tentang kawan-kawannya itu berkesan mengubah situasi yang

" Oh ya, kenalkan, yang seorang itu Anis,  yang baju biru itu Mar namanya"

Aku melambai ke arah rakan-rakan Sukma. Mereka turut melambai ke arah aku. Perbualan itu berlarutan  untuk 40 minit. Sukma seorang gadis yang sangat mesra. Mungkin bentuk kerjayanya menjadikan dia begitu senang dan mudah merobohkan dinding-dinding mekanisma bela diri aku, agar aku juga menjadi lebih mesra dan bersifat terbuka dan menerima komunikasi yang berlaku dalam keadaan mesra. Mesra seperti sudah kenal lama.

Dalam masa 40 minit itu, aku tahu dia berasal dari Medan. Awalnya bekerja di Kilang, tetapi kerana kegawatan ekonomi, kilang membuang pekerja, dia tidak mahu balik kerana tiada kerja di negara asalnya, dalam masa yang sama, dia mempunyai hubungan intim dengan lelaki tempatan,  yang berjanji mahu mengahwininya namun dia ditipu apabila lelaki tersebut tidak mahu meninggalkan isterinya. Dia kemudiannya berkerja itu dan ini, dan akhirnya memilih untuk melayan lelaki yang kebanyakkannya pelancong asing yang sanggup membayar jumlah wang yang 'ok' untuk setiap kali sesi perkhdimatan.

Dari perbualan secara tidak langsung, aku dapat mengetahui dia mempunyai kesedaran tentang penyakit STD. Tanpa alat perlindungan, perkhidmatan tidak dijalankan. Terima kasih kepada aktivis wanita tempatan yang bertungkus lumus memberi kesedaran tentang perkara tersebut kepada wanita-wanita pekerja seks di sini.

Kejayaan aku paling besar adalah mengetahui umurnya yang baru berusia 22 tahun. Dia turut bertanyakan umur aku, aku suruh dia menekanya, dan dia menjawab - "25"

Aku angguk. Rata-ratanya orang akan gagal menjawab umur aku dengan tepat. Adakah wajah aku tidak cukup dewasa untuk umur aku, ataupun gaya aku tidak mencerminkan umur aku. Aku tidak tahu samada untuk rasa bangga atau untuk rasa 'insult' apabila orang sangka aku jauh muda bertahun-tahun dari umur aku yang sebenar.

Sebelum meminta diri, dia mengeluarkan i-phonenya, ambik kau, i-phone 4! aku pun pakai telefon 'charok'.

" Mari kita ambil gambar sama-sama..."

aku kelu..... ini sumpah janggal.

Tapi sebagai seorang 'gentleman' takkan aku tolak perlawaan tersebut. Aku bangun dan tarik kerusi duduk di sebelahnya. Dia mengambil gambar dari sudut high angle 45 darjah. Damn, aku tengok, gambar yang ditangkap itu. Mujur nampak ok. Aku tidak fotogenik, senang sahaja rupa aku kelihatan gampang di dalam gambar.

Selepas menangkap gambar Sukma minta diri, Mar dan Anis sudah menunggunya di luar kedai. Dia berlari kecil ke arah mereka. Kawan-kawannya tidak habis mengusik. Sebelum dia tinggalkan kedai, dia sempat menjeling dan melambai. Aku senyum dan membalas lambaiannya.

Sudah! Apa aku buat ni? Harap dia tidak mandrem gambar aku...hahahahahhaaha....

Sewaktu aku hendak membayar sarapan pagi aku, Ah Soh kata makanan aku sudah dibayar oleh Sukma. Aku senyum, rasa bingung pula dibelanja oleh gadis itu. Sebelum aku beredar, Ah Soh tegur aku.

" Lu haa.. mau jaga-jaga sikit tau dengan amoi-amoi indon tu..."

" hahaha.. ok, Ah Soh, u jangan risau ok?"

Ah Soh geleng-geleng kepala. Dari jauh sewaktu aku berjalan menuju ke tangga hotel, aku dengar dia bersembang dengan rakannya, mungkin mengumpat aku. Hahaha... ini pelik.

Memang pagi yang pelik.


Jurnal Garu #6

Sejak dua menjak ini, aku dah jarang makan. Kalau aku makan, kuantitinya, sudah tidak banyak seperti selalu. Banyak jenis makanan yang sudah aku tinggalkan, yang oedas, yang berminyak, yang manis dan yang berlemak.

Oleh itu, aku jadi buntu, apabila tak semena-mena, perut aku memulas dan sakit tadi.Memulas dan menyucuk. Lepas makan malam yang takpun sempat au habiskan tadi, aku terus naik ke bilik, dan ini aku baru bangun. Tidak lalu nak ke reggae bar, walaupun sudah berjanji dengan seorang teman 'backpack' dari Jerman melalui laman sosial facebook untuk lepak minum bersamanya. Setelah dua kali ke tandas, dengan misi yang tak seberapa berjaya, aku telan pil chi kit teck aun bersama air suam dalam thermos.

Aku tertidur dalam kesakitan perut ini. Sakit-sakit seperti ini, aku terbayang diri aku seperti protagonis dalam cerita Fyodor Doestovsky, Notes From Underground. Walaupun aku tak pernah baca habis mana-mana fiksyen Doestovsky, tapi aku tahu sedikit sebanyak intisari ceritanya.

Aku terbaring, melihat siling. Sejuk penghawa dingin sudah aku kurangkan. Sakit akan melemahkan diri aku. Aku mula terbayangkan alangkah bagusnya kalau ada orang yang teman aku sakit-sakit macam ni. Menghadap sakit ini sendirian, sangat sunyi rasanya.

Kalau aku mati atas katil hotel ini bagamana?. Bukankah nampak pelik dan ganjil. Mesti makcik jiran sebelah rumah aku akan menjaja cerita aku mati di hotel yang menjadi sarang maksiat ke seluruh kampung. Hahaha... Mesti orang akan ingat aku mati masa buat maksiat. Tidak pun mati sebab 'overdose'. Dan mungkin segala bentuk fabrikasi dan modifikasi kematian yang tidak puitis dikaitkan dengan aku disebabkan mati di kawasan ini.

Jahanam.

Aku tiba-tiba rasa bimbang, rasa bimbang bukan apa, kalau betul aku mati di sini, siapa yang tahu aku berada disini? Aku bangun perlahan-lahan menuju ke pintu dan 'unlock' pintu bilik. Aku tidak mahu menyukarkan sesiapa untuk masuk ke bilik aku, kalau betul jadi apa-apa pada diri aku. Kemudian aku keluarkan kad pengenalan aku dan letakkan di meja sebelah katil. Aku tinggalkan nota berbentuk 10 digit nombor kawan baik aku. Sekiranya apa-apa yang buruk berlaku, mereka yang jumpa bangkai aku pasti akan hubungi nombor tersebut.

Perut semakin memulas, aku berguling-guling di atas katil. Sakit yang sangat sakit. Bernafas pun terasa sakit. Dalam sakit yang berguling itu. aku tidak sedarkan diri, .............

Aku sedar-sedar suasana gelap... bunyi hon dari jalan raya bawah kedengaran. Perut sudah tidak sesakit tadi, walaupun masih terasa bisa-bisa.

hurm... aku masih hidup lagi.

Aku mahu pergi klinik tak berapa jauh dari bilik ini. Masih banyak lagi benda rok n rol yang aku nak buat. Aku tak boleh mati kat sini.

Sembur Davidoff walaupun muka tak bercuci dan rambut tak bersikat. Aku turun untuk mengetahui mana datangnya sakit perut aku tadi. Semakin meningkat umur, semakin pelik-pelik penyakit yang datang.

Damn.




P/s- Doktor Cina tua yang merawat aku tadi beritahu perut aku masuk angin, setelah di kesan balik. Aku ada minum teh tarik pekat petang tadi kat restoran nasi kandar. Dahsyat penangan sakit perut ni.






Jurnal Garu # 5

Semakin selesa...

Itu yang aku rasa bila aku bangun dan raikan hidup aku hari ini di persekitaran neraka ini. Aku semakin selesa dengan bilik aku, atmosfera aku dan orang-orang sekeliling aku yang rata-ratanya adalah subjek yang diperkatakan secara negatif dalam masyarakat yang konon suci.

Aku sudah mengenali dua tiga orang budak gelandangan,  yang sambil menunggu mak mereka mencari rezeki dengan melayan lelaki, duduk di kaki lima bermain kejar-kejar. Mereka ini sungguh comel. Perkataan carut yang kalau diucap di depan mak aku masa aku kecil dahulu aku kena penampar, mereka mengungkapkannya seperti kata yang biasa.

Tambah aku suka pada budak-budak ni adalah mereka panggil aku 'abang', bukan 'pakcik'. Memang kumpulan budak-budak yang cool yang tahu 'hormat' aku. Semalam, seorang budak perempuan ( Damn! budak ini sumpah comel, dia pan-asian, mungkin ayahnya dari Eropah) dari kumpulan budak-budak ini, telah jadi posmen untuk sampaikan salam dari kakak-kakak seprofesyen dengan mak mereka yang ingin berkenalan dengan aku. Ini kelakar, siap minta nombor telefon aku.

Aku tulis 10 digit aku, pada cebisan kotak rokok, bagi pada budak yang jadi 'posmen' itu, sambil hulur dua ringgit. Upah sebagai posmen. Kaedah berkenalan yang sangat 90an. Hahaha.

Tidak sampai 3 jam, aku dapat MMS dari seseorang dengan tajuk, SALAM PERKENALAN :). Gambar seorang gadis memakai blaus berlatar belakangkan laut. Ini comel. Bukan gadis itu, tetapi bentuk 'perkenalan' ini. hahahahaha... Yang ingin berkenalan itu adalah gadis dari seberang. Aku tidak balas sms, Cuma 'smiley'-> ;) ( smiley senyum dengan mata dikenyit sebelah mungkin lebih comel dan nakal ).

Tiada sms balas dari gadis itu. Mungkin tahu aku tidak 'berapa' berminat, dan sms 'smiley' itu cuma mahu bersikap sopan.

Dalam masa yang sama, aku sudah mebuat 'lawatan hormat' dengan menemui penjaga kawasan di sini. Di sini, ada dua undang-undang, Satu, undang-undang biasa, undang-undang appartus keparat, dan satu lagi, undang-undang 'bawah tanah'. Sini kawasan masyarakat 'marjinal'. Walaupun aku anarkis, aku rasa tidak salah untuk aku 'hormat' undang-undang bawah tanah ini. Agar mereka tidak ganggu aku, dan aku tidak menganggu mereka. Undang-undang nombor satu, aku secara falsafahnya tidak rela ianya dipancakkan kepada aku.

Berbekalkan pengalaman zaman gelap aku yang pernah terjebak, aku masuk dan memperkenalkan diri kepada salah seorang 'penjaga kawasan' yang berpengaruh di kawasan ini. Dia seorang brader berketurunan India muslim yang cool. Pelanggan tetap kopitiam ah soh ( bini Alex), sambil-sambil dia menge'chai nombor 4 digit. sambil-sambil dia menemubual aku. Perbualan berakhir dengan topik bola sepak. Dia tanya aku siapa agak-agak yang akan menang bola sepak liga-liga juara malam itu, diantara perlawanan Chelsea dengan  entah kelab dari Rusia mana. Dia tidak tahu untuk bertaruh dalam pasukan yang mana. Bila ditanya pendapat aku. Aku pilih Chelsea kalah. Dia gelak menganjing. Katanya mana boleh kelab dari London itu kalah.

(Sebenarnya, perbualan ini berlaku semalam, kalau dia ikut cakap aku, dia sudah menang pertaruhan itu. (nota : Chelse tewas 2-1 kepada Shaktar Donetsk),

Penjaga kawasan ini 'okay' dengan aku. Mujur nombor aku dengan dia sama. Walaupun tidak aktif, tapi 'sekali masuk, tiada jalan keluar, cuma boleh senyap dan matikan diri'. Dia olskool, dia masih pegang pada falsafah itu. Aku generasi baru. Apapun mujur, sebelum aku minta diri, dia sempat pesan;

" Kalau ada apa-apa hal kat sini, hang call aku" sambil menghulurkan kad bisnes dia. Aku ambil dan simpan dalam wallet sambil ucap teima kasih. Pekerjaan hakikinya yang tertera di kad bisnesnya itu adalah pembekal peralatan pendawaian dan elektrik? hurm... jauh panggang dari api. Hahaha.

walau bagaimanapun, Aku tidak bagi nombor aku. Aku tidak mahu masalah. Lazimnya, aku lebih suka orang tidak tahu banyak tentang aku. Biar aku yang lebi banyak tahu tentang orang itu. Itu memang perangai aku.

Kawasan ini semakin seronok. Semakin seperti rumah. Bilik aku sentiasa berkemas setiap kali aku keluar dari bilik. Pembantu hotel akan memastikan dia menukar cadar dan tuala ( yang tidak akan aku pakai) setiap hari. Aku sudah mula percaya akan pekerja warga Indonesia itu. Sekiranya awal-awal dahulu aku akan bawa kemana sahaja komputer riba aku ini. Tetapi sekarang, aku sudah boleh tinggalkannya sahaja di atas meja. Alangkah indahnya ada orang mengemas segala ketunggang langganggngan aku ini tiap-tiap hari.

Banyak lagi yang masih belum aku teroka dan kenal di kawasan ini. Ini ironi, masa di kampung, aku tidak kenal langsung siapa ketua kampung aku, tetapi, di sini aku teruja untuk mengenali sebanyak mana manusia yang ada di sini.

Mungkin kerana setiap dari mereka ada 'kisah' mereka yang menarik untuk aku (secara peribadi) ketahui.

p/s- entri ini ditulis dalam keadaan kelam kabut, di sebuah restoran nasi kandar terkenal. Internet broadband aku kehabisan kredit. Maaf, susunan bahasa yang tunggang langgang dan banyak 'typo'. Ada masa nanti aku akan edit entri ini.

Tuesday, October 23, 2012

Jurnal Neraka #1

"Sejauh mana 'kebenaran' boleh diterima dan boleh diakui,  sejauh mana pula 'kebenaran' itu boleh dicabar?" Itu adalah sedikit pedoman, dari Herr Nietzsche.

Terlau sibuk untuk mencari makna demi makna. Nilai pada satu-satu nilai. Proses ini, memenatkan. Menyakitkan. Tambahan pula, kaedahnya adalah dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan 'eksperimen'. Aku sedang cuba mengaplikasikannya. Walaupun tidak sekeksetrem ahli filsuf itu, aku cuba melihat 'makna' kehidupan ini dengan cara paling 'gelap' ini.

Dia berkata lagi;

" If we must live our lives out to the bitter end, let us at least do so in such wise that other may bless our life as a priceless treasure"...

Tapi bagi aku yang hidup di tahun 2012 ini, aku mahu ubah sedikit kuotasinya, memang aku perlukan sedikit penderitaan dalam jiwa aku. Aku penulis. Aku perlukan 'resah' yang 'indah' untuk jiwa aku agar aku tidak jadi malas... Aku rasa aku mahu gubah sedikit kata-kata falsafah di atas agar tidak begitu bersifat elitis terhadap manusia ber-filsuf sahaja...

" Jika aku perlu hidup dalam kepahitan ini, aku akan lakukannya dengan style, agar mereka yang lain akan dengki dengan hidup aku yang penuh advencer, bebas' dan rok n' rol"...

Tapi kenapa, aku nampak macam kuotasi 'cedukan' aku ini seperti....

celaka.

tsk.

p/s- Banyak kerja, tak banyak masa, bilalah aku dapat menulis dengan selesa.




Sunday, October 21, 2012

Jurnal Garu #4 ( Marxist dan Kafkaesque)

Luar hujan bagai nak kiamat. Ok, aku hyperbola. Hujan bagai hujanan batu berapi dari burung Ababil kepad atentera bergajah Abrahah. Haha, lagi tak kena 'perumpamaannya' di situ. Dalam dentuman guruh, aku masih lagi dapat dengar, di bilik sebelah ada pasangan (perempuan lacur & pelanggan) tengah bersungguh-sungguh ber'main'. Celaka, lagi lebat hujan, lagi bersungguh mereka.

Aku baru sahaja habis membaca tentang Marxism, dari sudut pandangan Althusser. Membaca polemik marxism di kalangan marxist ini sahaja sudah memeningkan kepala. Althusser ternyata, seorang marxist yang begitu kritikal. Kritikalnya datang dari sudut espitemoloji marxist itu sendiri. Malam nanti aku akan mula melihat mengapa Althusser mengatakan bahawa 'filem' itu adalah (dengan izin) - 'ideological state of apparatus'.

Dari situ aku akan cuba membuat proposal tentang teori marxist ini untuk subjek pengajian filem aku. Bila aku baca biografi Althusser ni, aku jadi bimbang. Orang yang genius seperti ini pernah dituduh membunuh dengan mengcekik isterinya. Kestabilan mentalnya menyelamatkan beliau dari dikenakan tuduhan membunuh. Dalam pada itu, pemikirannya masih lagi diambil orang. Jahanam, seorang yang 'true' lagenda.

Berbalik kepada keadaan aku sekarang, aku masih lagi dibayangi mimpi aneh aku semalam. Semalam, entah kenapa, aku mimpi aku menjadi seekor lipas gergasi. Mimpi aneh yang sangat 'Kafkaesque'. Dan aku sumpah aku tak membaca 'Die Verwandlung' dari penulis lagenda, Franz Kafka itu sebelum aku masuk tidur.  Ianya memang semacam novel tersebut. Gampang sungguh.

Mungkin aku masih lagi dalan proses mencernakan diri dengan persekitaran baru yang amat asing ini. Sudah dua hari juga, aku terbangun di lewat pagi, dan terpingga-pingga melihat sekeliling. Aku lupa aku berada di mana. Serangan panik datang. Dan bila aku sudah bertenang, baru aku teringat yang aku sedang menyewa bilik ini,

Serius, aku perlu cepat menyesuaikan diri sebelum aku jadi mental seperti 'Althusser' itu juga.

Saturday, October 20, 2012

Jurnal Garu #3




" The world is waking outside my window
Bella ciao, bella ciao, bella ciao ciao ciao
Drags my senses into the sunlight
For there are things that I must do..."

Bangun saja pagi ini, dengan kepala memberat, entah scotch, entah asap atau entahkan masalah yang sedia ada, yang membuatkan aku rasa bumi ini tidak rata. Aku berjalan dalam keadaan lesu, menghidupkan komputer riba aku, dan..entah kenapa...keajaiban juga...seperti tahu-tahu, winamp dengan automatis memilih lagu ini.

Lagu tersebut dari band Chumbawamba, yang di tribute longgar dari lagu/hym revolusi Itali, dengan tajuk yang sama 'Bella Ciao' ( Selamat Tinggal, Si Cantik). Jika revolusioner Itali menentang fasis menaikkan semangat dengan lagu tersebut, manakala para anarkis menggunakan lagu tersebut juga untuk gerakan 'antifa', aku gunakan lagu tersebut, untuk menaikkan semangat aku..untuk tujuan... entah, aku rasa aku tengah berjuang untuk diri aku sendiri sekarang ini.

Tiada hati untuk turun menjamah roti bakar Ah Soh, aku belek-belek almari, terjumpa 'twiggies'. Hurm, siapa perlukan roti bakar lagi sekiranya sudah ada 'twiggies' di genggaman. Aku mengunyah twiggies tersebut lambat-lambat. Jahanam, aku lupa gosok gigi lagi. Arghh..pedulikan. 

Ada air panas dalam thermos, aku tuang dan bancuh kopi instant, ok, lengkap. Manis Twiggies dan pahit kafein. Aku rasa segar sedikit.

Tiba-tiba, winamp memilih lagu yang mengusik jiwa aku. Jahanam, se-anarkis mana pun aku, aku tewas dengan lagu jiwang jahanam ini. Hari ini hari ahad. Pedulikan dunia luar. Aku tarik selimut dan cuba tidur balik.

Sambil pejam mata. Lagu jahanam ini berkumandang...





Jurnal Garu #2

Malam ini aku pilih untuk duduk sahaja di dalam bilik. Baru sahaja menghabiskan bacaan akademik yang perlu. Di luar, malam minggu masih lagi meriah. Majoriti di luar sana adalah di kalangan kolar biru dan putih yang cuba meraikan hari tidak bekerja mereka. Malam ini malam suka ria, malam nafsu, malam rindu, malam eskapis dari realiti seminggu. Namun bagi aku, aku peduli apa pada malam minggu, aku tidak bekerja. Ianya tidak memberi apa-apa signifikan kepada aku.

Malam ini, dengan malam-malam yang lain, tidak ada bezanya.Aku tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Cuma jadual longgar dari cubaan aku untuk disiplinkan diri. Di luar sana terlalu bising. Aku rimas.  Berteman komputer riba ini, dan sebotol bru, serta sekotak Marlboro yang masih banyak isinya. Aku cuba melayani malam ini bersendirian. Tiba-tiba aku teringat hal yang berlaku sebentar tadi.

***

Sebentar tadi, sebelum aku masuk ke bilik, ramai yang sedang memberi perhatian kepada bola sepak. Pertandingan akhir piala paling berprestij negara baru sahaja tamat. Aku pilih menontonnya dengan Alex di lobi bawah hotel. Kesudahannya, sudah dijangka. Aku sebagai half-breed, meraikan kemenangan pasukan dari negeri sebelah Timur itu. Namun tiada keterujaan yang total. Kemenangan yang tidak sepenuhnya dimahukan oleh aku.

Kemudiannya, aku meminta Alex menukar ke saluran liga Inggeris. Masih tidak terlambat untuk aku menonton pasukan hidup-mati-aku. Aku menontonnya pada 20 minit yang terakhir. Dan berakhir dengan pasukan tersebut menang 1-0. Ini aku agak gembira. Semakin aku dewasa, tidak banyak perkara yang dapat menggembirakan aku. Salah satu yang dapat memberi aku sedikit rasa gembira, adalah kemenangan pasukan ini. Walau bagaimanapun, aku tahu, musim liga Inggeris kali ini, aku tidak akan gembira selalu. Pasukan ini nampaknya begitu 'struggle' untuk menang setiap perlawanan. Pasukan ini sudah tidak segah dahulu. Apapun, aku tetap akan menyanyikan anthem "You'll Never Walk Alone" dengan rasa bangga. Ianya bukan sekadar sebuah kelab bola sepak bagi aku.

Sebaik tamat perlawanan tersebut, aku minta diri naik ke bilik. Alex sempat mengusik aku. Tidak percaya, orang semuda aku mahu masuk tidur seawal itu. Tambah-tambah aku sedang berada di kawasan paling panas. Aku hanya memberitahunya aku sudah sangat mengantuk.

Sebelum aku beredar Alex sempat melontarkan pertanyaan kepada aku. Pertanyaan yang aku tidak sangka akan terkeluar dari mulut cina tua itu.

" Ei, Lu ada problem dengan bini lu ka?"  Aku tersentak, tidak menyangka soalan sebegitu kan terpacul dari mulutnya yang tidak lekang rokok itu.

"Apek, saya tak kahwin lagi la..." Aku balas pendek. Mengharapkan apek tersebut tidak cuba bertanya banyak lagi. Aku agak rimas apabila diajukan soalan-soalan yang berbentuk peribadi sebegitu.

" Ooo,  lu gaduh dengan girlfriend lu ka?" Jahanam. Apek ini masih cuba mengorek rahsia aku lagi. Ini kes naya.

" arrrr... apa pasal lu tanya? Bukan girlfriend la... eh mana apek tau saya ada problem ni? " Aku cuba menggunakan mekanisme bela diri paling primitif, iaitu menjawab soalan dengan soalan.

" Saya tengok lu pun saya tau la... ada problem punya orang, ala, kalau kecik punya hal, kasi telefon la, pujuk balik sama lu punya amoi... apa mau susah-susah kepala... "

" Susah la apek, itu amoi orang punya, lagipun, dia tak suka sama saya..." Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melayan sahaja kuriositi apek ini. Lagipun, mungkin aku juga akan lega sedikit, ada yang sudi mendengar sesuatu yang terbuku di hati.

"Ooo itu macam ka? Haiya, habis tu macam mana dia punya gambar ada dalam lu punya wallet?"

" Arrr.... mana apek tahu ada gambar dia dalam wallet saya?" Ini sumpah di luar jangkaan aku. Tajam pula mata apek tua ni.

" Masa lu mahu kasi wang bayar sama saya semalam, saya ada nampak gambar dalam lu punya wallet...itu amoi ka?"

" hurm.. haah... ya,lah itu amoi la, gambar tu dia yang kasi, saya simpan la..." Aku buka wallet aku, tunjuk gambar yang dia maksudkan.

" Ini amoi leng lui arr apek?... cantik kan? " Aku cuba mengusik Alex, di samping itu, aku cuba memancing reaksinya. Aku tahu, gadis itu memang cantik. Cuma aku mahu lihat reaksi apek itu sahaja.

" hahahaha... cina ka melayu? cantik...cantik...kasi telefon la... apa mau gaduh-gaduh..." Aku tutup wallet aku, lalu sumbatkan kembali ke poket jeans belakang sebelah kanan. Aku nyalakan rokok hisap dalam-dalam dan hembus, sebelum aku sambung balik perbualan.

" Apek, kalau lah senang macam tu kan bagus... takpe lah apek, saya mau masuk tidur... sudah mengantuk oo" Aku bergerak menuju ke tangga.

" Dengar cakap saya... kasi telefon, suruh dia datang sini lah... jalan-jalan, bagi dia sejuk hati balik... orang perempuan arr, kena pandai pujuk sikit...nanti diaolang ok..."

Aku paling sambil angguk kepada cina tua itu, sebelum menaiki anak tangga. Dalam hati berdesit;

" Kalaulah semua perkara boleh diubah dengan hanya satu panggilan..."

***

Sehingga sekarang, aku masih memikirkan hal tersebut. Aku tahu ianya tidak mudah, bukan sahaja bagi aku, malahan bagi dia. Mungkin dia teramat bencikan aku sekarang. Dia ada hak untuk bersikap demikian. Aku terpaksa menerima apa sahaja anggapan, perasaannya terhadap aku sekarang ini.

Namun, bagi aku, aku pilih untuk sentiasa ingat yang baik-baik tentangnya. Dan kenangan itu sangat manis.

End.











Friday, October 19, 2012

Jurnal Garu #1 (Pagi yang gelap, kini sudah terang)

Dalam satu malam...

Aku secara rasminya menjadi sebahagian dari komuniti marjinal di lorong ini. Dengan pantasnya, cerita aku orang baru di situ tersebar. Apek si empunya hotel, yang kini aku tahu namanya, Alex, telah menceritakan perihal aku, yang dianggap pelik kerana ingin menyewa bilik hotel buruknya selama sebulan, kepada beberapa rakannya sewaktu bermain mah jong (aku punya asumsi), dan rakannya itu pula memberitahu kepada perempuan lacur yang mereka langgan di hotel itu ( juga aku punya asumsi), perempuan lacur itu pula bawa cerita itu kepada perempuan lacur lain, dan perempuan lacur lain menceritakan cerita itu kepada kawan mereka yang lain, yang turut merupakan komuniti disitu seperi mat gian, samseng, kutu tonto dan seterusnya begitulah cerita pasal aku dihebahkan.

(mungkin seperti keadaan di atas lah cerita pasal aku tersebar, walaupun ianya adalah sebahagian dari asumsi aku sahaja).

Tidak, sebelum kamu semua beranggapan aku 'paranoid', Aku mahu jelaskan bahawa kedatangan aku sebetulnya disambut dengan rasa prasangka. Rasa kuriositi dan prejudis. Mereka ingin tahu tentang aku disebabkan mereka bimbang kedatangan aku tersirat dengan agenda sebagai apparatus kuasa yang memandang hina orang-orang seperti mereka. Dengan kata mudah, mereka bimbang aku adalah SB. Datang dengan tujuan merisik maklumat.

Bagi menjernihkan keadaan, Pagi ini aku bangun awal, aku keluar turun bawah tadi dengan kad matriks universiti tergantung di leher, memesan 2 biji telur separuh masak dengan roti bakar kosong tanpa kaya ( kaya penuh dengan 'gula', aku tak makan benda manis sekarang ni), dan secawan kopi pada Ah Soh (isteri Alex) yang membuka kopitiam olskool di sebelah hotel.

Ah Soh datang denga membawa 2 biji telur;

" Lu belajar U (Universiti terpaksa dirahsiakan) ka?" Tanya Ah Soh sambil matanya memandang tepat ke arah kad matriks aku.

" Iyalah, saya bodoh ma... sudah tua, baru masuk universiti"
balas aku.

" sana belajar apa?"

"aaa..... saya belajar bikin filem."

"ooo... filem pun ada belajar ka?"

"eh..mestilah..."

"hahaha... apa pasal mau duduk sini, sana tiada sewa bilik sewa ka"

" Saya suka kat sini lah Ah Soh...sini ada Ah Soh, buat kopi sama saya pagi-pagi..hahaha"

" Haiya...sana pun ada kopi oo...hahaha makan lah..."

Ah Soh berlalu selepas mendapat maklumat yang diperlukan tentang diri aku, tidak jauh Alex, menjeling sambil mendengar perbulan aku dengan isterinya. Aku dengar Ah Soh bercakap dengan loghat Hokkien sambil berjalan menuju ke dapur, dia bercakap agak kuat kepada suaminya.

Aku tidak faham, apa yang diperkatakan, yang aku dengar perkatan 'universiti' terselit di barisan ayatnya. Alex mengangguk-angguk, kemudian matanya kembali jatuh di surat khabar Nan Yang Siang Pau di hadapannya.

Harap rasa skeptikal mereka terhadap aku terhapus.

Hurm, telur separuh masak ni memang sedap, ditambah pula dengan kopi susu kaw. Jahanam.Layan sungguh sarapan pagi hari ni.

Kopi susu kaw?....hurm.... teringat pula pada seseorang yang gemarkan minuman ni. Rasa dan aroma kopi ini memang mudah menjadikan aku sentimental.

Harap dia baik-baik sahaja, walaupun rasanya, dia amat bencikan aku sekarang.

End.


Bilik baru di Lorong Garu.

Hari ini, aku berjaya  menyewa sebuah bilik hotel di tengah-tengah kawasan gelap bandar Pulau Pinang. Aku akan menyewa untuk sebulan lamanaya. Apek yang menjaga hotel lama murah ini sejak 50 tahun dulu sudi menyewakan bilik ini kepada aku dengan harga RM800. Jatuh lebih kurang RM30 untuk satu hari.

Bilik tingkat atas, mengadap jalan. Ada penghawa dingin lama jenama National, sudah kuning dimakan usia, katil single, dengan cadar petak-petak buatan China, sangat olskool. Tuala  dengan jalur melintang yang menggerikan... yang aku syak mungkin ada saki baki 'herpes',  diberikan kepada tetamu hotel (sumpah aku tak akan pakai). Di satu sudut, ada satu meja cermin yang sudah kelabu. Di tepinya pula, ada satu meja tulis kayu, besarnya seperti meja sekolah. Cukup ruang untuk meletak komputer riba, dan mungkin sebotol minuman. Bilik berwarna kuning...atau, krim? aku tidak pasti... Cat dindingnya pula dari cat kilat yang mungkin baru sahaja disapu beberapa bulan lepas. Bilik yang sangat sederhana ini, dan sebenarnya agak menyeramkan ini, akan jadi tempat aku bersembunyi, sambil memerhatikan manusia-manusia yang rata-ratanya dari kelompok yang dimarjinalisasi oleh masyarakat, yang berkeliaran di jalan berdekatan.

Di bawah hotel, pelacur yang mencari sesuap nasi, berlegar dari mula malam sehingga ke pagi. Mat gian mencari bahan dan menjual bahan, bersepahan. Tranny, anak gelandangan tepi jalan, Kutu-kutu, samseng, segala bentuk manusia yang entah kenapa hidupnya 'tersangkut' di tengah-tengah kawasan gelap kota ini.

Tambah menarik, di sini dipenuhi remaja dari eropah dengan falsafah mudah, menggalas beg besar, untuk melihat dunia di sebelah sini. Rata-ratanya ramah tamah, walaupun berjaga-jaga, mungkin menyangka aku adalah 'hasla' yang mahu memperdaya. Mungkin dengan sebotol dua sesi suai kenal masa minum malam nanti, aku akan punya kawan di kalangan mereka. Mudah jika satu hari nanti, aku ke sebelah benua sana pula.


Berbalik ke persekitaran hotel ini,tempat ini bising. Namun , sangat menenangkan bagi aku. Mungkin aku sunyi, lalu memerlukan kebisingan ini. Yang pastinya, aku selesa di sini. Tiada siapa yang cuba jadi ejen Tuhan di sini. Mereka rasa berkongsi 'neraka' yang sama. Tiada siapa melihat orang lain lebih hitam dari mereka.

Aku harap, aku dapat siapkan skrip 'feature' aku disini. Di samping aku belek-belek tugasan akademik aku. Aku harap 'advencer' aku di sini, direstui.

end.


Friday, October 12, 2012

Aku,Dia...dan perkara-perkara yang sama signifikan.


Nieztsche, sang profet dari dunia gelap, sang anti-kristus, sang dajjal,  mengutus kata, (dengan izin translasi longgar)- Seseorang itu perlu kesengsaraan bagi melahirkan 'sesuatu' yang indah/signifikan. Aku menerima kenyataan itu dengan rasa penuh keterdekatan. Aku percaya bahawa aku perlukan segala 'kepahitan hidup' ini untuk aku hasilkan sesuatu, kerana aku bukan dasar manusia yang hanya hidup bagi tujuan yang paling primitif iaitu 'membiakkan baka'. Aku Achilles dalam bentuk lain, lebih rela agar nama aku diingati meski di hadapan aku 'mati'. Aku seperti Chairil, " mahu hidup (baca: nama diingati )1000 tahun lagi".

Dan kerana itu, aku serap segala sakit-perit-pahit ini hidup dengan wajah paling tenang, atau se-stoic mungkin. Di saat, majoriti kenalan aku sudah berumah tangga, aku masih lagi mencari 'sesuatu' yang tidak konvensi. Bukan kereta, bukan rumah dengan kadar pinjaman berpuluh tahun, bukan anak-anak, bukan isteri-hamba, bukan apa yang manusia-manusia filistinisma itu semua cari dalam kehidupan ini.

Aku rasa eksistensial aku lebih dari itu. Walaupun, secara benarnya, aku punya karier yang lebih jauh mungkin elok dari mereka, tanpa hutang yang berselirat tika ini, aku biarkan mereka memandang aku dengan sinikal, biarkan mereka berbangga dengan perkara-perkara sedikit yang mereka ada, aku memandang dengan senyum, tanpa rasa arogan, kerana karier yang di hadapan aku ini, adalah lebih kepada satu destini, yang ditakdirkan, walaupun aku menerimanya dengan hati terbuka, kerana aku suka juga persekitaran akademia yang dijanjikan oleh karier aku itu, jauh di sudut hati aku, aku mahu lebih daripada itu. Mahu buku yang diterbitkan, yang boleh dibaca dan didiskusi, atau setidaknya menjadi peneman tidur, atau, filem yang berjaya diterbitkan, dan dijadikan subjek apresiasi.

Aku yakin aku akan dapat kejar semua itu dan jadikannya sebagai satu kenyataan. Sewaktu hidup aku sangat normal beberapa tahun yang lepas, semua cita-cita ini hampir-hampir pupus. Mujur, destini, dan Kebijaksanaan Infiniti menarik balik aku ke tujuan yang sebenarnya. Walaupun, yeah, dia tarik dengan kasar dan secara merentap, sedikit kebahagiaan yang aku ada, untuk meletakkan kembali aku ke tempat asal aku ini.

Tidak megapa, sekurang-kurangnya, visi dan misi aku sudah semakin jelas. 

***


Walaupun aku selesa dengan 'kehuru-haraan' dalam 'hidup' aku, atau dalam 'diri' aku... aku masih inginkan sebuah perhubungan yang menjanjikan intimasi. Berkongsi pendapat tentang perkara-perkara yang aku suka. Menjadi resort terakhir untuk aku bersembunyi sebentar sekiranya kehidupan menjadi terlalu anarki dan tidak terkawal. Menjadi 'separuh aku yang lain' sekiranya aku merasa diri aku tidak... hurm... 'sepenuhnya'.

Buat masa ini, aku mempunyai satu hubungan yang komplikated dengan seorang gadis. Dia seorang yang naif, periang, namun, sebagai virgoyan... kadang-kadang boleh menjadi terlalu dingin, ignorance, dan insensitif. Ada kalanya, kalau moodnya betul, boleh menjadi sangat nakal juga. Dia mewarnai hari-hari aku yang low-key dengan watak, perwatakan dan gerak gerinya.

Di sebalik keriangan dan keterujaan perhubungan ini... malangnya, ianya merupakan satu... 'skandal'.

Atas nama skandal ini, kami berkongsi momen-momen intim seperti pasangan kekasih, ada satu ketika, aku dan dia terlalu rapat, ...rapat secara fizikal dan emosi. Namun, dalam mesranya itu... dia bukan 'milik' aku.

Aku sebetulnya sangat sayang akan perhubungan ini. Aku tahu aku boleh gembirakan dia... dan dengan karier aku, aku tahu aku boleh membawanya bersama dalam cita-cita dan impian aku. Melawat dunia, memastikan kosmoloji kehidupan kami akan sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang mengujakan.

Namun, kali terakhir aku berjumpanya, kira-kira dua hari yang lepas, pandangan matanya...entah kenapa... sudah tidak lagi sama... pandangan mata itu berlainan...ianya tidak boleh menyembunyi perasaan keterujaan yang sudah memudar. Perasaan emosi, dan gestur fizikal yang introvert dan protektif. Satu gestur yang tidak sepatutnya ada pada dua individu yang intim atau pernah intim.

Aku tahu sikap itu datangnya dari kesedaran dan rasa bersalah. Ianya jadi mengelirukan.

Aku sebenarnya faham...realitinya, dia sudah mempunyai satu perhubungan yang sudah terbina lama, dan aku tahu dia tidak mahu mengambil risiko dengan memperjudikan sesuatu yang telah lama dia ada.

Diburukkan lagi, kehadiran aku yang tidak diterima oleh lingkungan kawan-kawannya, memilih aku hanya akan menjadikan dirinya terpisah dan bersendirian dengan kawan-kawan yang selama ini mendokongnya.

Dengan pertaruhan yang sebesar itu, sudah pastinya dia tidak akan meletakkan 'harapan' yang begitu tinggi.

Walaupun, sekiranya boleh, bersungguh-sungguh, aku cuba untuk memberitahunya,

"Ambil pertaruhan tersebut sayang, ianya 'berbaloi'.

Ianya tidak akan berlaku. Kalau berlaku pun, ianya messy, dan akan melibatkan banyak pihak.

Adakah aku berbaloi untuk semua itu?

Aku rasa aku perlu kembalikan hidup dia yang dulu. Sebelum aku datang dalam hidupnya,

Aku juga perlu beritahunya bahawa, walaupun aku sayangkan hubungan tersebut, aku tidak di dalam keadaan 'terdesak' untuk terus bersamanya, seperti mana dia juga 'tidak terdesak' untuk bersama aku. Aku dan dia tiada apa-apa komitmen dalam hubungan ini. Tiada yang dominan juga, kerana aku percaya kepada perhubungan yang penuh kesaksamaan, baik dari segi 'nilai', dan timbal balas aksi dan reaksi.

Kerana sesebuah perhubungan itu juga memerlukan dua individu yang mahu untuk bersama.

Bukan rasa 'terpaksa' atau apa.













Monday, October 8, 2012

Menulis- Ianya bukan forte aku lagi.

Bukan mudah untuk aku akui yang penulisan aku sudah tidak berbisa lagi. Terperam penulisan aku bertahun-tahun dengan alasan terkena simptom writer's block. Ahhh... ianya sebenarnya alasan paling dangkal. Padahal aku malas. Malas macam apa.

Malas yang sebenarnya menjahanamkan forte yang ada dalam diri aku yang tak banyak mana bakat yang lain. Selain makan, dan memasak secara amatur, bolehlah juga bermain gitar sikit-sikit dengan satu dua kord yang aku hafal.

Oleh itu, aku jadikan penulisan di Jurnal Faktab ni sebagai satu cara untuk aku disiplinkan kembali tabiat menulis aku. Aku tidak terbeban dengan konten apa yang hendak aku kongsikan disini. Aku cuba jadikannya sebagai satu ruang yang boleh aku muntahkansegala  frasa-frasa ayat secara auto-pilot, yang dapat dijadikan pemanas badan sebelum aku bersedian menulis sesuatu yang lebih serius.

Ceritanya sekarang, aku akan ada banyak tugasan menulis iaitu penulisan tentang filem secara akademik yang perlu aku kemaskini setiap minggu, bagi tujuan studi aku, dan juga penulisan filem untuk suka-suka berkongsi ilmu secara 'percuma' di blogosfera iaitu di :- salaamsinema.blogspot.com , tujuan blog ini adalah untuk membantu para pelajar filem, atau sesiapa sahaja yang berminat dengan filem untuk mendapat maklumat yang boleh dijadikan sandaran bagi tujuan akdemik.

Pendek kata, selain blog ini, lagi dua kerja penulisan aku nanti adalah mengenai penulisan yang bercorak ilmiah atau akdemik, yang pastinya bosan-bagai-neraka untuk dibaca.

Tapi aku pasti, ramai yang akan dapat manfaat daripada penulisan di blog tersebut. Lagipun, aku akan menulisnya bersama-sama 3 orang lagi figur yang berpengaruh dalam penulisan filem. Satu dari latar akdemik pengajian filem, satu lagi dari latar belakang sastera.

Aku harap aku dapat menghasilkan penulisan separa akdemik/separa pop, dalam bahasa yang ranggi-ranggi agar ianya tidak membosankan.

Selain itu, aku ada sebuah projek feature film  yang akan aku arahkan pada bulan januari ni. Skripnya masih dalam poin-poin idea  yang terawang-awangan. Seperti rel keretapi dalam semak, (bak kata Pak Samad, ke Othman Puteh ke?). Aku sudah tidak ingat, yang pastinya, ia masih di peringkat awal.

Aku harap aku berjaya mengumpul dana dan tenaga kerja yang aku harapkan untuk projek ini.  Apapun, yang pastinya aku perlu menulis skripnya terlebih dahulu. Itu yang mencabar, memandangkan, seperti yang aku kata tadi. Menulis bukan forte aku lagi.

Kita tengoklah ya macam mana nanti.






Sunday, October 7, 2012

Aku Rejan #1.

Hari ini aku belum mahu pulang ke Pulau Pinang. Terdapat timbunan borang yang celaka yang tidak mampu aku selesaikan berseorang. Hari ini, dihabiskan dengan aku menelaah segala prosedur dan kaedah yang terbaik untuk aku dapat memenuhi pelbagai perkara karut, marut, pukimak, lancau yang terdapat di dalam borang tersebut. Borang ini komplikated, panduannya pula, macam haram, mengelirukan. Tidak membantu langsung. Apa kejadahnya borang yang serumit itu perlu diisi sehingga dua tiga kali. Dem. Aku sumpah terkeliru dengan banyak perkara yang terdapat di dalam borang ini.

Anjingnya lagi, telah diberi peringatan ' Sekiranya borang ini tidak lengkap, borang akan dipulangkan semula dan akan berlaku kelewatan pada kemasukan biasiswa'. Sial lah.

Mengisi borang in itidak salah, tetapi di dalam negara yang tidak mempunyai budaya 'merekodkan' peristiwa dan individu ini. Borang ini hanya bersifat sementara. 5 tahun lagi, borang aku ini sudah dicampak entah kemana. Aku berani gerenti, borang yang diisi oleh Mahathir mahupun Najib, dua individu penting negara buat masa ini, yang sudah pastinya mempunyai nilai sejarah pada masa hadapan, sewaktu mereka belajar di Universiti dahulu, sudah hilang dimakan lipas. Tiada di dalam simpanan arkib, mahupun di pejabat pendaftaran Universiti tersebut.

Sedangkan dua individu penting ini juga tiada di dalam simpananan, inikan pula aku, yang setaraf tungau sahaja. Borang pula harus di isi dengan menjawab soalan-soalan bodoh seperti status/agama/kaum. Soalan bodoh yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mengenali aku sebagai seorang individu. Soalan rasis, chauvinist, dan bersifat bias. Cukuplah nama,alamat,nombor kad pengenalan, dan cara menghubungi, serta pencapaian akademik.

Ini melalut-lalut. Haram jadah. Kena buat pemeriksaan kesihatan lagi pula tu. Serius, ini semua karut.

yup aku betul-betul rejan dengan situasi ni. Damn.


Saturday, October 6, 2012

Bilik dan Desk aku adalah teritori ' Anarkis'.

Bagaimana kuatnya desakan naluri aku untuk menjadi seorang yang teratur, ianya akan fucking fail. Gagal segagal-gagalnya. Aku gagal dalam timbunan tin minuman, kertas-kertas, plastik, cawan dan gelas, pinggan sudu, pen, nota-nota serta pelbagai benda pejal yang karut marut yang hampir tidak lojik yang akan ada di 'desk' aku.

Bilik tak payah cerita. Ianya macam kandang babi.

Aku cuba untuk menjadi 'teratur'. Mengemas dan menyusun atur segala objek yang ada disekeliling aku. Masalahnya, sekiranya aku yang mengemas dan mengatur 'keselerakan' tersebut. Ianya, bagi pandangan mata orang lain, dan juga dari pandangan mata aku sendiri, masih lagi tidak berkemas.

Mungkin aku seorang yang tidak peka terhadap pengisian 'ruang', atau, aku memang azalinya seorang yang bukan 'pengemas' secara semula jadi. Sekiranya kosmoloji persekitaran aku teratur, ianya akan tidak bertahan lama. Aku juga yang akan jadi ejen anarkis yang akan menyelerakkan susun atur itu kembali.

Ianya berlaku secara luar sedar. Ianya semudah , (1.) apabila aku masuk bilik yang sudah berkemas, aku buka baju dan seluar, berboxer sahaja, , (2.) kemudian, nyalakan rokok,  (3.) ambil tin minuman yang sudah tidak berisi untuk dijadikan sebagai 'tempat buang habuk dan puntung rokok', (4.) kemudian aku akan ambil buku, (5.) berbaring sambil baca di atas tilam dalam keadaan yang menyonsang,tiba-tiba,  terasa panas, aku akan bangun dan (6.) betulkan kedudukan kipas meja aku, kemudian, (7.) ambil laptop, dan pasang serta buka facebook. Sementara tunggu loading aku akan angkat kepala dan lihat :

Bilik yang aku kemas tadi akan berselrak kembali;

(1.) Seluar jeans Levi's 505, dan baju kemeja biru aku yang aku buka tadi, tahu-tahu sudah bersepah di lantai tidak bergantung. (2) Ada siisa-sisa habuk rokok di atas lantai, kalau nasib tak baik rokok tersebut habis, aku akan keronyok kotak rokok itu, lalu campak sahaja di lantai. (3.) Tin minuman yang digunakan sebagai tempat buang habuk rokok itu dah tergolek di lantai (jatuh tersepak semasa aku nak pergi betulkan kipas, iaitu aktiviti no. (6.), (4.) Aku akan ambil buku di rak, tarik satu buku, dalam proses menarik buku itu, buku-buku lain di atas rak sudah lari susunannya atau kedudukannya, mungkin ada satu,dua buku yang jatuh di lantai . (5.) Aku akan capai bantal dan letakkan di kedudukan kaki tilam, kerana aku suka meniarap menyonsang, efeknya, susunan bantal sudah tidak teratur, (6.) Aku letakkan kipas berdekatan dengan aku, ia menjadikan kipas tersebut berada betul-betul di tengah bilik, dan (7.) Biasanya aku akan ambil laptop di dalam beg, kemudian beg itu akan aku tinggalkan secara tidak bersusun kedudukannya di tepi dinding, dan lantai akan berselirat dengan kabel laptop tersebut.

Begitu mudah aku menjahanamkan usaha mengemas aku yang berjam-jam.

Aku rasa, aku patut terima sahaja bahawa ketidak teraturan ini adalah sistem aku. Aku juga akan mati kutu kalau lihat suasana bilik dan desk yang sangat teratur. rasa takut pula nak usik susun atur tersebut. Sebetulnya, kalau ada orang lain yang mengemas, bilik atau meja aku, kemungkinan besar, kertas-kertas keronyok yang mereka anggap sebagai sampah sebenarnya adalah poin-poin idea aku yang masih lagi aku perlukan untuk melakukan kerja-kerja penulisan aku.




p/s- Walau bagaimanapun, aku tetap suka kalau ada orang yang offer diri nak mengemas dapur atau ruang tamu rumah aku. Tambah-tambah lagi kalau orang itu memang handal mengeas. Yeap, memang aku maksudkan kamu. Wink.

Melankolia.

12-06 a.m (waktu catatan ini ditulis) aku masih dalam mode separa stoic. Ditemani rokok lari duti impot jenama John, berharga 4 ringgit, dibeli dari kedai nyonya di bawah apartment, aku berasap dari 2 jam tadi tak berhenti. Tidak tahu samada nikotina rokok murah ini terlalu rendah kandungannya kimianya, atau kekusutan yang aku hadapi tidak berjaya diredakan oleh ejen-ejen kanser itu, menyebabkan aku diselubungi kabus maut itu di dalam bilik yang serba terkatup.

Namun begitu, suasana yang hazardous ini menyenangkan, atau setidaknya mengurangkan resah aku.

Aku sebenarnya tidak terganggu dengan apa-apa masalah yang konkrit. Keresahan ini berlaku secara tiba-tiba. Mungkin ada beberapa perkara yang menganggu, seperti lambakan borang yang perlu aku isi dan aku hantar demi meraih sedikit belas ehsan dari kerajaan yang aku tidak suka, atau rasa sunyi yang datang tiba-tiba tanpa aku tahu mana datangnya. Juga mungkin rasa 'kosong' dengan hidup yang 'fuck-up' tanpa ada perkara-perkara yang menggembirakan. Tapi itu bukan punca sebenar. Resah ini datang secara tiba-tiba. Membawa sekali rasa ganjil 'kesedihan' dan 'kemurungan'.



Mungkin ini yang Kierkegaard maksudkan dengan perasaan melankolik yang dihadapinya. Ianya bukan rasa sedih perse atau sunyi perse. Tetapi lebih komplikated dari itu. Keadaan Eksistensial yang kelabu. Rasa sunyi dalam kewujudan diri yang kemudiannya diikut rasa 'gerhana' spiritual. Terkadang terjerumus ke dalam situasi komunikasi satu hala dengan Tuhan.

Sedih dan sunyi ini bukan satu situasi yang literal. Bukan diasosiasi dalam situasi bersendirian tetapi boleh sahaja di dalam keriuhan. Ianya satu keadaan yang bersifat 'dalaman' diri aku sendiri. Bukan keadaan atau situasi sekeliling, tetapi dalam diri aku sendiri.

Ianya seperti berada di bar yang riuh, namun kau masih merasa sunyi (simptom Charles Bukowksi). Seperti kata Ahmad Dhani juga ' persis dalam keramaian tetapi tetap merasa sunyi'. Bagi aku, hidup aku tidak sefaktab mana, tapi masih lagi kering dengan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kadang-kadang 'kegembiraan' itu juga terasa jauh, bila aku sedar segala yang menggembirakan aku itu hanya berbentuk superfisial. Aku ketawa, tetapi ianya bukan ketawa yang 'genuine', jauh di dalam sudut hati aku, aku masih merasa 'kosong'.



Bagi mereka yang relijes, masalah aku ini sudah pastinya semudah memberitahu " kau pergi ambil wudhu'". Betul, tanpa aku nafikan, Infinite Intelligence bersama minda separa sedar aku akan kembali positif dan cuba menutup lubang-lubang hitam di dalam hati yang sering skeptikal, dan mengutamakan lojik. Aku percaya kepada kewujudan satu kuasa luar biasa yang mengatur segala bentuk order dalam kehidupan kita. Dan kuasa-kuasa itu harus diisi dengan harapan-harapan yang positif.

Namun, kerana sudah agak lama aku berada dalam mode stoic ini, dalam keadaan eksistens spiritual yang kelabu. Kadang-kadang perasaan ini terus timbul. Mahu tidak mahu aku tetap kena meladeninya. Harap-harap mungkin selepas aku tidur, esok, spiritual emosi dan kewarasan aku akan pulih.

Buat masa ini, maksud aku sekarang ini, aku perlu elak dari berjumpa dan berbual dengan sesiapa. Amat mudah aku menjadi ejen provokateur dan tidak tersengaja aku akan melukakan perasaan orang-orang yang disekeliling aku. Amat mudah aku bersikap seperti asshole atau douche, dan mencederakan orang-orang yang aku sayang dengan kelancangan mulut aku.

Aku tahu, keadaan ini bukan sesuatu yang baik.Dan ianya tidak akan difahami oleh sesiapa pun. Aku tak perlu untuk menerangkan bahawa aku tidak sengaja. Di waktu-waktu sensitif ini, adalah lebih baik aku berdiam sahaja, dan mengelak diri dari mencederakan perasaan orang lain, dan mungkin mencederakan perasaan aku sendiri. Ketawa sinis yang kecil boleh menjadi setajam bilah razor. Mungkin perkara remeh boleh menjadi perkara serius.



Keadaan ini sangat celaka...

Bila realiti bukan lagi padang permainan yang indah, mungkin ke alam mimpi yang ngeri aku boleh melarikan diri.


Friday, October 5, 2012

Perca-perca (janji) sublimal sebelum tidur...

1. Aku maafkan orang setiap kali sebelum aku tidur. Aku maafkan kesemua mangkuk hayun, kepala konek, pukimak, haramjadah, yang membuatkan darah aku naik, hidup aku pahit dan tidak tenteram pada hari ini; atau hari-hari sebelumnya. Aku maafkan mereka dan harapkan/doakan hidup mereka baik-baik sahaja dan balasannya, hidup aku juga akan bertambah baik. Aku ingatkan diri aku yang aku 'sayangkan'/'percayakan'/'hormati' kemanusiaan. Walaupun manusia kadangkala lebih teruk dari lipas. Mengjengkelkan. Namun, aku tidak akan lost faith terhadap humanity.

2. Aku mahu bercakap perkara-perkara yang betul. Bukan perkara-perkara yang 'benar'. Kadangkala perkara yang 'benar' belum tentu menjadi perkara yang 'betul' untuk diucapkan.Di dalam sistem sosial yang menjaga adab susila komunikasi (baca:hipokrasi). Perkara benar adalah 'taboo'. Boleh sahaja kau dianggap tidak beradab. Aku tidak suka digelar tidak beradab, kurang ajar, rude, atau perkataan-perkataan faktab yang seerti dengannya. Ia membuatkan aku marah. Dan aku tidak mahu marah. Contohnya seperti kita berselisih dengan kanak-kanak comot yang haram tak comel yang sedang ditolak menggunakan baby stroller oleh ibunya yang bertanggung jawab menurunkan ketidak comelan kepada budak itu, kita diajar untuk tidak bercakap benar seperti " isk Fugly-nya budak ni, seperti maknya juga" secara berdepan. Walaupun ianya adalah fucking truth atau kenyataan atau kebenaran. Kerana ianya bukan satu perkataan yang betul untuk diungkapkan.Kalau tiada perkara yang betul untuk diucapkan, aku mahu untuk mengambil sikap 'berdiam' sahaja. Itu lebih baik.

3. Aku mahu terus sayang mereka yang aku sayang. Tanpa kurang sedikit,namun  mungkin boleh lebih dalam lagi, dan berharap mereka yang aku sayang akan sayang kepada aku tanpa aku perlu buat perkara-perkara merapu dan karut marut untuk buktikan kasih sayang aku. Walaupun kata-kata pujangga mengatakan bahawa kasih sayang itu harus disemai dan dibajai. Celaka nak baja apa. Aku akan sayang mereka dengan cara aku sendiri dan aku tahu mereka tahu itu.

4. Aku mahu perbaiki penggunaan masa dan wang, agar tidak digunakan secara tidak produktif dan tidak berfaedah. Ini memang payah. Hari ini berapa banyak masa dihabiskan di facebook, di twitter, di laman web yang tidak berfaedah. Bersembang kosong, diminta jadi 'supir'. Harapnya masa yang dibazirkan bukanlah satu pembaziran.

5. Aku harap esok akan jadi lebih baik pada hari ini. Lebih baik dari segala segi hal. Walaupun kenyataannya, aku amat malas mengangkat bontot aku untuk buat perkara-perkara  yang bukan stereotaip yang aku buat sehari-hari, dasar lazy-mutha-fucka seperti aku memang senang selesa dengan keadaan selesa dan tidak kan menjadi bertambah baik. Everyday is a same as anyday...

Namun, aku tetap berniat untuk jadikan esok lebih baik pada hari ini. Subconcious mind, sila ambil nota.



6. Aku tidak tahu apa yang aku tulis dan aku carutkan ni, aku dah mengantuk tapi perlu juga update sesuatu di sini. Ini adalah janji aku untuk diri aku.

hurm... Aku jarang berjanji, dan kalau berjanji aku tak mahu mungkir, Aku manusia yang cultured yang berpegang pada janji dan kata-kata. Tambah-tambah lagi kalau janji tu adalah janji pada diri sendiri.


Dem.

Aku rasa aku dah terlalu merepek.

FakTabnya penulisan entri ni...

                           Aku nak tidur,
                                                       Selamat Malam.
                                                                                       

Semoga kita mendapat segala yang baik-baik setiap hari.
cheers.



Thursday, October 4, 2012

Kultur baru bagi hidup baru.


Aku selalu ingatkan diri aku untuk bangun awal setiap kali sebelum aku tidur. Bangun seawal yang boleh untuk dapat melihat 'indahnya' matahari naik dari timur, dan kemudian memancarkan sinarannya yang penuh vitamin D. Tapi faktabnya, aku akan gagal.

Hari ini aku sedar-sedar je dunia sudah pukul 1. Matahari sudah menegak atas kepala. Matahari itu sudah tidak memberi vitamin lagi, tetapi bloody ejen kanser untuk bloody hell  kanser kulit. Dan seperti mana hari sebelumnya, aku menyesali dan mencarut diri yang selalu gagal untuk menunaikan janji pada diri sendiri bangun awal 'pagi' (pagi dalam konteks mereka yang bekerja 8-9, bukan pagi bagi freelancer yang biasanya bermula pukul 10).

Aku tidak tahu kegagalan aku bangun pagi hari ini adalah disebabkan 'imsomnia' kesan dari aktiviti bekerja (baca: menulis) pada waktu malam sebelum ini atau disebabkan jam biologi aku yang sudah bertahun-tahun aku tetapkan agar menerima pagi pada pukul 10. Walaupuan ianya, adalah satu period masa yang indah, maksud aku, bangun pagi pukul 10-11, sewaktu ber'freelancer dua tiga taun lepas. Tapi aku rasa aku sudah mahu ubah keadaan tersebut. Aku bukan lagi freelancer, dan ada beberapa perkara yang aku perlu lakukan dengan serius-tahi mulai sekarang. Dan aku mahu mulakan dengan mengubah jadual waktu hidup aku.

Perlu bangun awal, perlu mula menikmati sarapan pagi secara 'decent' di waktu pagi, mula membaca perkara berkaitan hal akademik sebelum tengah hari. Makan tengah hari, dapatkan 'nap' sebelum pukul 2 petang. Bangun dan kembali melakukan kerja-kerja akademik aku. Petang perlu ada 'tea time' sambil membaca buku-buku di luar bidang pengajian. Makan malam awal, menonton filem ( akan melaksanakan dasar 1 filem 1 hari), Perlu supper, dan tidur sebelum pukul 12-1 bagi mendapakan maksimum 8 jam tidur atau minimum 5 jam tidur.

Yeah ' it's fucking 'skema', aku tahu, tapi aku sudah jenuh berhuru hara terlampau dalam hidup aku. Mungkin aku akan bebaskan aku dari jadual 'skema belia' ini pada hari/malam minggu- Jumaat/ Sabtu. Itu akan jadi malam 'wild and free'. Seperti yang aku kata dalam entri ini, aku perlukan ion-ion negatif juga untuk menggerakkan aku.

Ok, sudah hampir pukul 4, perlu ke Secret Recipe Sri Iskandar untuk 'tea time', mungkin sepotong kek Banana Chocolate atau New York Cheese bersama secawan Chamomile Tea (entah ada ke tidak chamomile kat Secret Recipe, Sri Iskandar ni perlu ada Starbuck dan Coffee Bean dah ni) ditemani buku yang menerangkan falsafah seorang filsuf gila dari Jerman.  



Hidup yang cuba aku rancangkan ini Cultured bukan? Hahahaha...






Wednesday, October 3, 2012

Ianya adalah 'ZING!!!'

Aku baru sahaja menonton filem animasi Hotel Transylvannia (2012), filem yang aku sangka hanya untuk mengisi (baca: menghabiskan) masa 2 jam dalam slot hidup aku yang serba bosan dan faktab ini telah bertukar menjadi filem yang memberi ransangan dan semangat 'romantik' yang secara bullshitnya dari baris dialog yang terdapat di dalam filem tersebut-  "Your 'Zing' will come, Cherish it,my love".

Bagi yang tidak faham dan belum menonton filem ini , 'ZING' adalah perkataan yang merujuk kepada 'cinta pandang pertama'.

Keadaan di mana, kau terpandang seorang awek,bini orang, makcik, stupid bimbo, bitch atau apa-apa sahaja bentuk insan yang tak sama gender (atau mungkin sama gender bagi yang LGBT) yang tiba-tiba kau rasa elektrik menjalar, zap zap zap, menusuk hati, iris kau mengecil, dan kau tahu kau telah... yeah damn right... jatuh cinta.

Tapi keadaan aku lain, aku bukan jatuh cinta, dengan umur aku yang setahun lagi nak masuk 30, aku telah beberapa kali jatuh cinta. Oleh itu Zing yang aku alami tidak hanya sekadar atau ditahap 'jatuh cinta pandang pertama'. Zing aku lebih 'deep' daripada itu. Lebih komplikated. Ianya lebih  kepada satu intuisi atau 'sense' yang mengatakan, yeah, orang yang aku pandang itu... adalah orang yang akan 'ada' dalam hidup aku. Aku tak tahu macamana nak jelaskan, aku cuma tahu... ianya adalah 'zing' aku.

Tak perlu aku ceritakan macamana aku boleh ternampak dia (baca: Zing aku) di satu kawasan yang padat dengan pelajar yang lapar (ok, aku ceritaka juga), dalam cuaca yang panas terik, dan dia lalu di depan aku, secara random, yang pada asasnya, aku boleh sahaja lihat dia seperti pelajar-pelajar lain yang tengah lapar, tetapi tetap aku pandang dia, dan seperti seorang skizofrenia, aku bukan sahaja mengalami simptom Zing yang stereotaip di atas, tetapi juga seperti terdengar bisikan 'itulah dia'. Orang yang kau tunggu.

Dan seperti kebanyakkan manusia post modern yang lain, yang hendak mengenali seseorang... aku meng'stalk facebooknya. Dan inilah 'poin' sebenar entri ini...

Zing itu tidak salah. Cuma ianya boleh jadi satu zing yang faktab bila kau stalk profile dia dan kau lihat statusnya 'in relationship'. Damn!!! Dan kau tanya pada infinite intelligence (baca : Yang Maha Mengetahui), kenapa kau perlu jumpa dan terZing dengan dia, sedangkan ada hampir beratus prospek zing yang masih single dan kurang komplikated di kawasan tersebut.

Dan Infinite Intelligence beritahu aku, (macamana Dia beritahu akan aku ceritakan di lain entri), kadang-kadang, kau hanya perlu mainkan peranan seperti yang telah ditakdirkan, semuanya telah diaturkan, dan tiada yang 'salah atau benar' di sini. Seperti kata bijak pandai dari cina yang dah mati ribuan tahun dulu ' tiada yang adil dalam 'perang' dan 'cinta' (perghhh).

Dan keadaan ini akan melibatkan pilihan-pilihan yang kita ada, samada teruskan, ke langkah seterusnya, atau hanya tarik diri... namun, apabila 'tarikan kimia' diantara aku dan zing itu lebih kuat... pilihan itu adalah mengiyakan sahaja takdir, dan mengiyakan keadaan. Ini sesuatu yang komplikated, tetapi ianya juga berlaku atas sebab-sebab yang tertentu. Mungkin sebab aku atau dia secara fucking innocent-nya (atau naif) mengatakan ianya adalah satu 'destini', atau mungkin sebab/sebagai karma untuk pihak yang lain. karma itu tidak bermata, ia sampai tak tunggu masa, ia akan datang dan membalas. Dan balasannya itu adalah adil.

Bermula dari klise-klise 'boy meets girl', hai-bye-bye, saling bertukar 10 digit, bawa ke makan tengah hari dan malam, ke bad jokes dan giggles, ke menjalankan tugas, ke trip gila satu malam ke 3 negeri dan ke berpegangan tangan, hug and kisses...so on...

Sekarang sudah hendak masuk 6 bulan aku dan dia mempunyai hubungan yang sangat komplikated. Aku tidak berundur, kerana aku tahu dia adalah 'zing' aku, dan dia.... hurm, aku tidak tahu. harapnya juga sama. Walaupun 6 bulan, aku rasa macam ada satu ikatan yang kuat diantara aku dengan dia. Ianya terikat, tapi tidak disimpul mati, terawang-awangan mengikut hala tuju 'takdir'.

Kalau keadaan ini yang dikatakan 'salah', apa lagi yang tinggal untuk menetukan satu keadaan yang 'betul', bila ianya melibatkan soal 'kehendak dan ketentuan'?

Aku tahu, sekarang ini aku sedang gila rindukannya...

p/s- Seperti kata Johnny Tornado di atas... Fallin' in love with you, is fucking dangerous.







Rej'an menunggu Hedonis...

Sekarang tidak banyak ion negatif. Ion positif terlebih banyak. Ini bukan perkara yang bagus. Dalam hidup ini perlu ada imbangan. Yin Yang, hitam putih, baik jahat, syurga neraka, siang malam, api air. Tapi sejak dua menjak ini, aku terlebih elemen positif. Ini tak akan menggerakkan. Seperti bateri kereta yang hanya di'tap dengan satu kabel positif.Yang penutup kabelnya warna biru (kalau aku tak silap, warna merah untuk 'negatif', kalau salah, persetankan...aku penulis, bukan mekanik) Kereta tak akan hidup. Tak akan bergerak. Analojinya sama. Keadaan ini tak akan menyebabkan aku 'moving'. Perlu ada elemen-elemen negatif yang akan mengimbangi perkara-perkara positif tersebut.

Tetapi jangan silap. Biarpun aku immoral (immoral dalam konteks 'menentang' moral umum yang diterima paksa dalam sistem kehidupan yang tidak memberi kau banyak pilihan). Tidak berrmakna pula perkara negatif yang aku maksudkan disini adalah perkara-perkara yang penuh 'kedurjanaan' dan kemaksiatan, bersifat 'anti-christ atau Dajjal. Tetapi mungkin aktiviti-aktiviti yang sedikit 'menyeronokkan'. Tetapi tetap dipandang serong oleh mereka yang tidak cukup gembira dengan atau 'faktab' dalam hidup mereka.

Sang Hedonis seperti aku. Menyeronokkan itu selalunya disalah anggap oleh kebanyakkan orang yang konservatif, atau pseudo-moralis. Tapi biasanya aku pedulikan aja. seperti kata hipster YOLO. yeah, (YOLO perkataan bodoh ini dicipta untuk orang buat/halalkan perkara-perkara bodoh atas idea hidup hanya sekali). Aku akan guna sekali sahaja perkataan ini, kerana aku rasa faktab untuk menggunakannya buat kali kedua. Ini pun sudah cukup bodoh aku rasa.

Aku dah lama tak pergi menghiburkan hati, atau bergembira. Terperuk membaca falsafah-falsafah orang yang dah mati dan mengkaji teori-teori yang dipasakkan untuk memahami filem., Satu kehidupan yang 'serius-tahi'. Damn, lama lagi aku dalam keadaan begini, aku akan jadi zombie.

Ini post pertama untuk blog yang keberapa puluh yang aku ada dalam blogosfera ini semenjak tahun 2007. Aku harap blog ini akan bertahan lama dengan aku.

Cakap banyak tak guna juga. Enjoy dulu video ni. Inspiring bukan? Harapnya, parti bujang kawan aku yang terdekat ini, mungkin boleh dapatkan sedikit ion negatif.

p/s- Blog ini akan penuh dengan 'random-shit' aku mahu bercakap pasal segala yang aku suka - 3F (Food, Film, Football) dan apa sahaja yang aku tulis.