"Sejauh mana 'kebenaran' boleh diterima dan boleh diakui, sejauh mana pula 'kebenaran' itu boleh dicabar?" Itu adalah sedikit pedoman, dari Herr Nietzsche.
Terlau sibuk untuk mencari makna demi makna. Nilai pada satu-satu nilai. Proses ini, memenatkan. Menyakitkan. Tambahan pula, kaedahnya adalah dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan 'eksperimen'. Aku sedang cuba mengaplikasikannya. Walaupun tidak sekeksetrem ahli filsuf itu, aku cuba melihat 'makna' kehidupan ini dengan cara paling 'gelap' ini.
Dia berkata lagi;
" If we must live our lives out to the bitter end, let us at least do so in such wise that other may bless our life as a priceless treasure"...
Tapi bagi aku yang hidup di tahun 2012 ini, aku mahu ubah sedikit kuotasinya, memang aku perlukan sedikit penderitaan dalam jiwa aku. Aku penulis. Aku perlukan 'resah' yang 'indah' untuk jiwa aku agar aku tidak jadi malas... Aku rasa aku mahu gubah sedikit kata-kata falsafah di atas agar tidak begitu bersifat elitis terhadap manusia ber-filsuf sahaja...
" Jika aku perlu hidup dalam kepahitan ini, aku akan lakukannya dengan style, agar mereka yang lain akan dengki dengan hidup aku yang penuh advencer, bebas' dan rok n' rol"...
Tapi kenapa, aku nampak macam kuotasi 'cedukan' aku ini seperti....
celaka.
tsk.
p/s- Banyak kerja, tak banyak masa, bilalah aku dapat menulis dengan selesa.
No comments:
Post a Comment