Bagi yang tidak faham dan belum menonton filem ini , 'ZING' adalah perkataan yang merujuk kepada 'cinta pandang pertama'.
Keadaan di mana, kau terpandang seorang awek,bini orang, makcik, stupid bimbo, bitch atau apa-apa sahaja bentuk insan yang tak sama gender (atau mungkin sama gender bagi yang LGBT) yang tiba-tiba kau rasa elektrik menjalar, zap zap zap, menusuk hati, iris kau mengecil, dan kau tahu kau telah... yeah damn right... jatuh cinta.
Tapi keadaan aku lain, aku bukan jatuh cinta, dengan umur aku yang setahun lagi nak masuk 30, aku telah beberapa kali jatuh cinta. Oleh itu Zing yang aku alami tidak hanya sekadar atau ditahap 'jatuh cinta pandang pertama'. Zing aku lebih 'deep' daripada itu. Lebih komplikated. Ianya lebih kepada satu intuisi atau 'sense' yang mengatakan, yeah, orang yang aku pandang itu... adalah orang yang akan 'ada' dalam hidup aku. Aku tak tahu macamana nak jelaskan, aku cuma tahu... ianya adalah 'zing' aku.
Tak perlu aku ceritakan macamana aku boleh ternampak dia (baca: Zing aku) di satu kawasan yang padat dengan pelajar yang lapar (ok, aku ceritaka juga), dalam cuaca yang panas terik, dan dia lalu di depan aku, secara random, yang pada asasnya, aku boleh sahaja lihat dia seperti pelajar-pelajar lain yang tengah lapar, tetapi tetap aku pandang dia, dan seperti seorang skizofrenia, aku bukan sahaja mengalami simptom Zing yang stereotaip di atas, tetapi juga seperti terdengar bisikan 'itulah dia'. Orang yang kau tunggu.
Dan seperti kebanyakkan manusia post modern yang lain, yang hendak mengenali seseorang... aku meng'stalk facebooknya. Dan inilah 'poin' sebenar entri ini...
Zing itu tidak salah. Cuma ianya boleh jadi satu zing yang faktab bila kau stalk profile dia dan kau lihat statusnya 'in relationship'. Damn!!! Dan kau tanya pada infinite intelligence (baca : Yang Maha Mengetahui), kenapa kau perlu jumpa dan terZing dengan dia, sedangkan ada hampir beratus prospek zing yang masih single dan kurang komplikated di kawasan tersebut.
Dan Infinite Intelligence beritahu aku, (macamana Dia beritahu akan aku ceritakan di lain entri), kadang-kadang, kau hanya perlu mainkan peranan seperti yang telah ditakdirkan, semuanya telah diaturkan, dan tiada yang 'salah atau benar' di sini. Seperti kata bijak pandai dari cina yang dah mati ribuan tahun dulu ' tiada yang adil dalam 'perang' dan 'cinta' (perghhh).
Dan keadaan ini akan melibatkan pilihan-pilihan yang kita ada, samada teruskan, ke langkah seterusnya, atau hanya tarik diri... namun, apabila 'tarikan kimia' diantara aku dan zing itu lebih kuat... pilihan itu adalah mengiyakan sahaja takdir, dan mengiyakan keadaan. Ini sesuatu yang komplikated, tetapi ianya juga berlaku atas sebab-sebab yang tertentu. Mungkin sebab aku atau dia secara fucking innocent-nya (atau naif) mengatakan ianya adalah satu 'destini', atau mungkin sebab/sebagai karma untuk pihak yang lain. karma itu tidak bermata, ia sampai tak tunggu masa, ia akan datang dan membalas. Dan balasannya itu adalah adil.
Bermula dari klise-klise 'boy meets girl', hai-bye-bye, saling bertukar 10 digit, bawa ke makan tengah hari dan malam, ke bad jokes dan giggles, ke menjalankan tugas, ke trip gila satu malam ke 3 negeri dan ke berpegangan tangan, hug and kisses...so on...
Sekarang sudah hendak masuk 6 bulan aku dan dia mempunyai hubungan yang sangat komplikated. Aku tidak berundur, kerana aku tahu dia adalah 'zing' aku, dan dia.... hurm, aku tidak tahu. harapnya juga sama. Walaupun 6 bulan, aku rasa macam ada satu ikatan yang kuat diantara aku dengan dia. Ianya terikat, tapi tidak disimpul mati, terawang-awangan mengikut hala tuju 'takdir'.
Kalau keadaan ini yang dikatakan 'salah', apa lagi yang tinggal untuk menetukan satu keadaan yang 'betul', bila ianya melibatkan soal 'kehendak dan ketentuan'?
Aku tahu, sekarang ini aku sedang gila rindukannya...
No comments:
Post a Comment