Semakin selesa...
Itu yang aku rasa bila aku bangun dan raikan hidup aku hari ini di persekitaran neraka ini. Aku semakin selesa dengan bilik aku, atmosfera aku dan orang-orang sekeliling aku yang rata-ratanya adalah subjek yang diperkatakan secara negatif dalam masyarakat yang konon suci.
Aku sudah mengenali dua tiga orang budak gelandangan, yang sambil menunggu mak mereka mencari rezeki dengan melayan lelaki, duduk di kaki lima bermain kejar-kejar. Mereka ini sungguh comel. Perkataan carut yang kalau diucap di depan mak aku masa aku kecil dahulu aku kena penampar, mereka mengungkapkannya seperti kata yang biasa.
Tambah aku suka pada budak-budak ni adalah mereka panggil aku 'abang', bukan 'pakcik'. Memang kumpulan budak-budak yang cool yang tahu 'hormat' aku. Semalam, seorang budak perempuan ( Damn! budak ini sumpah comel, dia pan-asian, mungkin ayahnya dari Eropah) dari kumpulan budak-budak ini, telah jadi posmen untuk sampaikan salam dari kakak-kakak seprofesyen dengan mak mereka yang ingin berkenalan dengan aku. Ini kelakar, siap minta nombor telefon aku.
Aku tulis 10 digit aku, pada cebisan kotak rokok, bagi pada budak yang jadi 'posmen' itu, sambil hulur dua ringgit. Upah sebagai posmen. Kaedah berkenalan yang sangat 90an. Hahaha.
Tidak sampai 3 jam, aku dapat MMS dari seseorang dengan tajuk, SALAM PERKENALAN :). Gambar seorang gadis memakai blaus berlatar belakangkan laut. Ini comel. Bukan gadis itu, tetapi bentuk 'perkenalan' ini. hahahahaha... Yang ingin berkenalan itu adalah gadis dari seberang. Aku tidak balas sms, Cuma 'smiley'-> ;) ( smiley senyum dengan mata dikenyit sebelah mungkin lebih comel dan nakal ).
Tiada sms balas dari gadis itu. Mungkin tahu aku tidak 'berapa' berminat, dan sms 'smiley' itu cuma mahu bersikap sopan.
Dalam masa yang sama, aku sudah mebuat 'lawatan hormat' dengan menemui penjaga kawasan di sini. Di sini, ada dua undang-undang, Satu, undang-undang biasa, undang-undang appartus keparat, dan satu lagi, undang-undang 'bawah tanah'. Sini kawasan masyarakat 'marjinal'. Walaupun aku anarkis, aku rasa tidak salah untuk aku 'hormat' undang-undang bawah tanah ini. Agar mereka tidak ganggu aku, dan aku tidak menganggu mereka. Undang-undang nombor satu, aku secara falsafahnya tidak rela ianya dipancakkan kepada aku.
Berbekalkan pengalaman zaman gelap aku yang pernah terjebak, aku masuk dan memperkenalkan diri kepada salah seorang 'penjaga kawasan' yang berpengaruh di kawasan ini. Dia seorang brader berketurunan India muslim yang cool. Pelanggan tetap kopitiam ah soh ( bini Alex), sambil-sambil dia menge'chai nombor 4 digit. sambil-sambil dia menemubual aku. Perbualan berakhir dengan topik bola sepak. Dia tanya aku siapa agak-agak yang akan menang bola sepak liga-liga juara malam itu, diantara perlawanan Chelsea dengan entah kelab dari Rusia mana. Dia tidak tahu untuk bertaruh dalam pasukan yang mana. Bila ditanya pendapat aku. Aku pilih Chelsea kalah. Dia gelak menganjing. Katanya mana boleh kelab dari London itu kalah.
(Sebenarnya, perbualan ini berlaku semalam, kalau dia ikut cakap aku, dia sudah menang pertaruhan itu. (nota : Chelse tewas 2-1 kepada Shaktar Donetsk),
Penjaga kawasan ini 'okay' dengan aku. Mujur nombor aku dengan dia sama. Walaupun tidak aktif, tapi 'sekali masuk, tiada jalan keluar, cuma boleh senyap dan matikan diri'. Dia olskool, dia masih pegang pada falsafah itu. Aku generasi baru. Apapun mujur, sebelum aku minta diri, dia sempat pesan;
" Kalau ada apa-apa hal kat sini, hang call aku" sambil menghulurkan kad bisnes dia. Aku ambil dan simpan dalam wallet sambil ucap teima kasih. Pekerjaan hakikinya yang tertera di kad bisnesnya itu adalah pembekal peralatan pendawaian dan elektrik? hurm... jauh panggang dari api. Hahaha.
walau bagaimanapun, Aku tidak bagi nombor aku. Aku tidak mahu masalah. Lazimnya, aku lebih suka orang tidak tahu banyak tentang aku. Biar aku yang lebi banyak tahu tentang orang itu. Itu memang perangai aku.
Kawasan ini semakin seronok. Semakin seperti rumah. Bilik aku sentiasa berkemas setiap kali aku keluar dari bilik. Pembantu hotel akan memastikan dia menukar cadar dan tuala ( yang tidak akan aku pakai) setiap hari. Aku sudah mula percaya akan pekerja warga Indonesia itu. Sekiranya awal-awal dahulu aku akan bawa kemana sahaja komputer riba aku ini. Tetapi sekarang, aku sudah boleh tinggalkannya sahaja di atas meja. Alangkah indahnya ada orang mengemas segala ketunggang langganggngan aku ini tiap-tiap hari.
Banyak lagi yang masih belum aku teroka dan kenal di kawasan ini. Ini ironi, masa di kampung, aku tidak kenal langsung siapa ketua kampung aku, tetapi, di sini aku teruja untuk mengenali sebanyak mana manusia yang ada di sini.
Mungkin kerana setiap dari mereka ada 'kisah' mereka yang menarik untuk aku (secara peribadi) ketahui.
p/s- entri ini ditulis dalam keadaan kelam kabut, di sebuah restoran nasi kandar terkenal. Internet broadband aku kehabisan kredit. Maaf, susunan bahasa yang tunggang langgang dan banyak 'typo'. Ada masa nanti aku akan edit entri ini.
The king casino no deposit bonus, free spins, bitcoin - CommunityKhabar
ReplyDeleteNo deposit wooricasinos.info bonus, free https://tricktactoe.com/ spins, bitcoin. No worrione deposits bonus. No withdrawals, bitcoin https://deccasino.com/review/merit-casino/ no deposit bonuses, free communitykhabar spins, bitcoin, 10k followers.