Luar hujan bagai nak kiamat. Ok, aku hyperbola. Hujan bagai hujanan batu berapi dari burung Ababil kepad atentera bergajah Abrahah. Haha, lagi tak kena 'perumpamaannya' di situ. Dalam dentuman guruh, aku masih lagi dapat dengar, di bilik sebelah ada pasangan (perempuan lacur & pelanggan) tengah bersungguh-sungguh ber'main'. Celaka, lagi lebat hujan, lagi bersungguh mereka.
Aku baru sahaja habis membaca tentang Marxism, dari sudut pandangan Althusser. Membaca polemik marxism di kalangan marxist ini sahaja sudah memeningkan kepala. Althusser ternyata, seorang marxist yang begitu kritikal. Kritikalnya datang dari sudut espitemoloji marxist itu sendiri. Malam nanti aku akan mula melihat mengapa Althusser mengatakan bahawa 'filem' itu adalah (dengan izin) - 'ideological state of apparatus'.
Dari situ aku akan cuba membuat proposal tentang teori marxist ini untuk subjek pengajian filem aku. Bila aku baca biografi Althusser ni, aku jadi bimbang. Orang yang genius seperti ini pernah dituduh membunuh dengan mengcekik isterinya. Kestabilan mentalnya menyelamatkan beliau dari dikenakan tuduhan membunuh. Dalam pada itu, pemikirannya masih lagi diambil orang. Jahanam, seorang yang 'true' lagenda.
Berbalik kepada keadaan aku sekarang, aku masih lagi dibayangi mimpi aneh aku semalam. Semalam, entah kenapa, aku mimpi aku menjadi seekor lipas gergasi. Mimpi aneh yang sangat 'Kafkaesque'. Dan aku sumpah aku tak membaca 'Die Verwandlung' dari penulis lagenda, Franz Kafka itu sebelum aku masuk tidur. Ianya memang semacam novel tersebut. Gampang sungguh.
Mungkin aku masih lagi dalan proses mencernakan diri dengan persekitaran baru yang amat asing ini. Sudah dua hari juga, aku terbangun di lewat pagi, dan terpingga-pingga melihat sekeliling. Aku lupa aku berada di mana. Serangan panik datang. Dan bila aku sudah bertenang, baru aku teringat yang aku sedang menyewa bilik ini,
Serius, aku perlu cepat menyesuaikan diri sebelum aku jadi mental seperti 'Althusser' itu juga.
No comments:
Post a Comment