Nieztsche, sang profet dari dunia gelap, sang anti-kristus, sang dajjal, mengutus kata, (dengan izin translasi longgar)- Seseorang itu perlu kesengsaraan bagi melahirkan 'sesuatu' yang indah/signifikan. Aku menerima kenyataan itu dengan rasa penuh keterdekatan. Aku percaya bahawa aku perlukan segala 'kepahitan hidup' ini untuk aku hasilkan sesuatu, kerana aku bukan dasar manusia yang hanya hidup bagi tujuan yang paling primitif iaitu 'membiakkan baka'. Aku Achilles dalam bentuk lain, lebih rela agar nama aku diingati meski di hadapan aku 'mati'. Aku seperti Chairil, " mahu hidup (baca: nama diingati )1000 tahun lagi".
Dan kerana itu, aku serap segala sakit-perit-pahit ini hidup dengan wajah paling tenang, atau se-stoic mungkin. Di saat, majoriti kenalan aku sudah berumah tangga, aku masih lagi mencari 'sesuatu' yang tidak konvensi. Bukan kereta, bukan rumah dengan kadar pinjaman berpuluh tahun, bukan anak-anak, bukan isteri-hamba, bukan apa yang manusia-manusia filistinisma itu semua cari dalam kehidupan ini.
Aku rasa eksistensial aku lebih dari itu. Walaupun, secara benarnya, aku punya karier yang lebih jauh mungkin elok dari mereka, tanpa hutang yang berselirat tika ini, aku biarkan mereka memandang aku dengan sinikal, biarkan mereka berbangga dengan perkara-perkara sedikit yang mereka ada, aku memandang dengan senyum, tanpa rasa arogan, kerana karier yang di hadapan aku ini, adalah lebih kepada satu destini, yang ditakdirkan, walaupun aku menerimanya dengan hati terbuka, kerana aku suka juga persekitaran akademia yang dijanjikan oleh karier aku itu, jauh di sudut hati aku, aku mahu lebih daripada itu. Mahu buku yang diterbitkan, yang boleh dibaca dan didiskusi, atau setidaknya menjadi peneman tidur, atau, filem yang berjaya diterbitkan, dan dijadikan subjek apresiasi.
Aku yakin aku akan dapat kejar semua itu dan jadikannya sebagai satu kenyataan. Sewaktu hidup aku sangat normal beberapa tahun yang lepas, semua cita-cita ini hampir-hampir pupus. Mujur, destini, dan Kebijaksanaan Infiniti menarik balik aku ke tujuan yang sebenarnya. Walaupun, yeah, dia tarik dengan kasar dan secara merentap, sedikit kebahagiaan yang aku ada, untuk meletakkan kembali aku ke tempat asal aku ini.
Tidak megapa, sekurang-kurangnya, visi dan misi aku sudah semakin jelas.
***
Walaupun aku selesa dengan 'kehuru-haraan' dalam 'hidup' aku, atau dalam 'diri' aku... aku masih inginkan sebuah perhubungan yang menjanjikan intimasi. Berkongsi pendapat tentang perkara-perkara yang aku suka. Menjadi resort terakhir untuk aku bersembunyi sebentar sekiranya kehidupan menjadi terlalu anarki dan tidak terkawal. Menjadi 'separuh aku yang lain' sekiranya aku merasa diri aku tidak... hurm... 'sepenuhnya'.
Buat masa ini, aku mempunyai satu hubungan yang komplikated dengan seorang gadis. Dia seorang yang naif, periang, namun, sebagai virgoyan... kadang-kadang boleh menjadi terlalu dingin, ignorance, dan insensitif. Ada kalanya, kalau moodnya betul, boleh menjadi sangat nakal juga. Dia mewarnai hari-hari aku yang low-key dengan watak, perwatakan dan gerak gerinya.
Di sebalik keriangan dan keterujaan perhubungan ini... malangnya, ianya merupakan satu... 'skandal'.
Atas nama skandal ini, kami berkongsi momen-momen intim seperti pasangan kekasih, ada satu ketika, aku dan dia terlalu rapat, ...rapat secara fizikal dan emosi. Namun, dalam mesranya itu... dia bukan 'milik' aku.

Aku sebetulnya sangat sayang akan perhubungan ini. Aku tahu aku boleh gembirakan dia... dan dengan karier aku, aku tahu aku boleh membawanya bersama dalam cita-cita dan impian aku. Melawat dunia, memastikan kosmoloji kehidupan kami akan sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang mengujakan.
Namun, kali terakhir aku berjumpanya, kira-kira dua hari yang lepas, pandangan matanya...entah kenapa... sudah tidak lagi sama... pandangan mata itu berlainan...ianya tidak boleh menyembunyi perasaan keterujaan yang sudah memudar. Perasaan emosi, dan gestur fizikal yang introvert dan protektif. Satu gestur yang tidak sepatutnya ada pada dua individu yang intim atau pernah intim.
Aku tahu sikap itu datangnya dari kesedaran dan rasa bersalah. Ianya jadi mengelirukan.
Aku tahu sikap itu datangnya dari kesedaran dan rasa bersalah. Ianya jadi mengelirukan.
Aku sebenarnya faham...realitinya, dia sudah mempunyai satu perhubungan yang sudah terbina lama, dan aku tahu dia tidak mahu mengambil risiko dengan memperjudikan sesuatu yang telah lama dia ada.
Diburukkan lagi, kehadiran aku yang tidak diterima oleh lingkungan kawan-kawannya, memilih aku hanya akan menjadikan dirinya terpisah dan bersendirian dengan kawan-kawan yang selama ini mendokongnya.
Diburukkan lagi, kehadiran aku yang tidak diterima oleh lingkungan kawan-kawannya, memilih aku hanya akan menjadikan dirinya terpisah dan bersendirian dengan kawan-kawan yang selama ini mendokongnya.
Dengan pertaruhan yang sebesar itu, sudah pastinya dia tidak akan meletakkan 'harapan' yang begitu tinggi.
Walaupun, sekiranya boleh, bersungguh-sungguh, aku cuba untuk memberitahunya,
"Ambil pertaruhan tersebut sayang, ianya 'berbaloi'.
Ianya tidak akan berlaku. Kalau berlaku pun, ianya messy, dan akan melibatkan banyak pihak.
Adakah aku berbaloi untuk semua itu?
Aku rasa aku perlu kembalikan hidup dia yang dulu. Sebelum aku datang dalam hidupnya,
Aku juga perlu beritahunya bahawa, walaupun aku sayangkan hubungan tersebut, aku tidak di dalam keadaan 'terdesak' untuk terus bersamanya, seperti mana dia juga 'tidak terdesak' untuk bersama aku. Aku dan dia tiada apa-apa komitmen dalam hubungan ini. Tiada yang dominan juga, kerana aku percaya kepada perhubungan yang penuh kesaksamaan, baik dari segi 'nilai', dan timbal balas aksi dan reaksi.
Kerana sesebuah perhubungan itu juga memerlukan dua individu yang mahu untuk bersama.
Bukan rasa 'terpaksa' atau apa.

No comments:
Post a Comment