1. Aku maafkan orang setiap kali sebelum aku tidur. Aku maafkan kesemua mangkuk hayun, kepala konek, pukimak, haramjadah, yang membuatkan darah aku naik, hidup aku pahit dan tidak tenteram pada hari ini; atau hari-hari sebelumnya. Aku maafkan mereka dan harapkan/doakan hidup mereka baik-baik sahaja dan balasannya, hidup aku juga akan bertambah baik. Aku ingatkan diri aku yang aku 'sayangkan'/'percayakan'/'hormati' kemanusiaan. Walaupun manusia kadangkala lebih teruk dari lipas. Mengjengkelkan. Namun, aku tidak akan lost faith terhadap humanity.
2. Aku mahu bercakap perkara-perkara yang betul. Bukan perkara-perkara yang 'benar'. Kadangkala perkara yang 'benar' belum tentu menjadi perkara yang 'betul' untuk diucapkan.Di dalam sistem sosial yang menjaga adab susila komunikasi (baca:hipokrasi). Perkara benar adalah 'taboo'. Boleh sahaja kau dianggap tidak beradab. Aku tidak suka digelar tidak beradab, kurang ajar, rude, atau perkataan-perkataan faktab yang seerti dengannya. Ia membuatkan aku marah. Dan aku tidak mahu marah. Contohnya seperti kita berselisih dengan kanak-kanak comot yang haram tak comel yang sedang ditolak menggunakan baby stroller oleh ibunya yang bertanggung jawab menurunkan ketidak comelan kepada budak itu, kita diajar untuk tidak bercakap benar seperti " isk Fugly-nya budak ni, seperti maknya juga" secara berdepan. Walaupun ianya adalah fucking truth atau kenyataan atau kebenaran. Kerana ianya bukan satu perkataan yang betul untuk diungkapkan.Kalau tiada perkara yang betul untuk diucapkan, aku mahu untuk mengambil sikap 'berdiam' sahaja. Itu lebih baik.
3. Aku mahu terus sayang mereka yang aku sayang. Tanpa kurang sedikit,namun mungkin boleh lebih dalam lagi, dan berharap mereka yang aku sayang akan sayang kepada aku tanpa aku perlu buat perkara-perkara merapu dan karut marut untuk buktikan kasih sayang aku. Walaupun kata-kata pujangga mengatakan bahawa kasih sayang itu harus disemai dan dibajai. Celaka nak baja apa. Aku akan sayang mereka dengan cara aku sendiri dan aku tahu mereka tahu itu.
4. Aku mahu perbaiki penggunaan masa dan wang, agar tidak digunakan secara tidak produktif dan tidak berfaedah. Ini memang payah. Hari ini berapa banyak masa dihabiskan di facebook, di twitter, di laman web yang tidak berfaedah. Bersembang kosong, diminta jadi 'supir'. Harapnya masa yang dibazirkan bukanlah satu pembaziran.
5. Aku harap esok akan jadi lebih baik pada hari ini. Lebih baik dari segala segi hal. Walaupun kenyataannya, aku amat malas mengangkat bontot aku untuk buat perkara-perkara yang bukan stereotaip yang aku buat sehari-hari, dasar lazy-mutha-fucka seperti aku memang senang selesa dengan keadaan selesa dan tidak kan menjadi bertambah baik. Everyday is a same as anyday...
Namun, aku tetap berniat untuk jadikan esok lebih baik pada hari ini. Subconcious mind, sila ambil nota.
6. Aku tidak tahu apa yang aku tulis dan aku carutkan ni, aku dah mengantuk tapi perlu juga update sesuatu di sini. Ini adalah janji aku untuk diri aku.
hurm... Aku jarang berjanji, dan kalau berjanji aku tak mahu mungkir, Aku manusia yang cultured yang berpegang pada janji dan kata-kata. Tambah-tambah lagi kalau janji tu adalah janji pada diri sendiri.
Dem.
Aku rasa aku dah terlalu merepek.
FakTabnya penulisan entri ni...
Aku nak tidur,
Selamat Malam.
Semoga kita mendapat segala yang baik-baik setiap hari.
cheers.
No comments:
Post a Comment