Tidur selama beberapa jam, aku terbangun pukul 9.00 pagi tadi dan turun bersarapan. Kudapan yang dipilih apa lagi kalau bukan telur omega separuh masak dua biji, dan roti bakar sapu kaya nipis. Minum air milo panas. Aku tidak pilih teh dan kopi kerana masih trauma dengan sakit perut semalam.
Alex tidak kelihatan, aku tidak bertanya tentang Alex pada Ah Soh. Ah Soh pun hari ini nampak macam masam mencuka. Mood tidak baik mungkin. Aku hanya senyum kepadanya masa perempuan cina tua itumeletakkan pinggan berisi telur dan roti bakar di hadapan aku.
Sedang aku hirup milo panas. Aku hampir-hampir tersembur apabila dari pintu utama restoran, berjalan masuk 3 orang gadis. Berseluar pendek dan berkemaja T santai. Salah seorangnya aku kenal. Dia yang menghantar MMS kepada aku semalam. (sila rujuk Jurnal Garu #5).
Restoran sekecil itu, amat mustahil gadis itu tidak nampak aku. Entah mana datangnya rasa panik ini? Aku harap dia tidak datang ke arah aku. Aku pemalu. Dan dengan rambut kusut masai dan belum mandi ini. Aku tidak bersedia untuk berbual mesra dengan sesiapa.
Apa yang aku bimbangkan terjadi. Gadis itu nampak aku, aku buat-buat cool. Nyalakan rokok dan senyum padanya, kemudian aku cipta 'stage-business' aku sendiri agar tidak kelihatan janggal, 'stage-business' paling klise adalah dengan mengeluarkan telefon bimbit dan konon-konon menaip teks. Gadis berambut panjang lurus sehingga ke pinggang itu, senyum balik dan kemudian, mimpi ngeri aku bermula apabila dia bangun dan berjalan ke arah aku.
Alamak.....
Gadis itu menarik kerusi kayu di hadapan aku. Dia duduk sambil masih lagi tersenyum. Mukanya nampak pucat tanpa sebarang solekan. Hati aku berdegup kencang. Tapi seperti biasa. Aku berjaya mengawal keadaan dan kegugupan aku agar tidak terserlah...
" Selamat pagi... boleh saya duduk disini?" Katanya sambil meletakkan siku tangan kanan di atas meja dan memangku dagunya dengan tangan tersebut.
" Awak dah duduk pun..." Balas aku cuba berlawak. Dia tergelak kecil. Gelak kecil yang nakal. Sambil itu dia menjeling ke arah dua orang rakannya yang begitu teruja melihat situasi kami.
" Makan seorang sahaja?"
" Tadi ya seorang...sekarang awak ada... maknanya sudah berdua..."
" hahahaha... awak ini lucu juga ya" Gelakan kecilnya semakin nyaring. Wajahnya kemerah-merahan setiap kali dia tertawa.
" Nama saya Sukma... awak?" Dia memperkenalkan dirinya. Aku memperkenalkan nama aku.
"Kerja ya disini?" Sukma masih cuba lagi untuk mendapatkan maklumat tentang diri aku. Aku tidak selesa keadaan ini berlanjutan. Seperti yang aku sudah beritahu. Aku tidak mahu orang yang baru aku kenali banyak tahu tentang diri aku. Biar aku yang tahu tentang diri mereka.
" Tidak, masih belajar... awak kerja ya disini?" Aku cepat-cepat mengajukan soalan agar dia tidak menguasai perbualan tersebut dengan menyoal aku itu dan ini. Namun, aku lupa, profesyennya agak sensitif. Dia kelihatan serba salah untuk menjawab.
"iya.................... kerja.... dulunya kerja kilang...tapi..." Sukma teragak-agak untuk menjawab. Dia tahu aku tahu dia kerja apa, dan aku juga agak bodoh kerana mengajukan soalan tersebut. Aku dengan pantas cuba memperbaiki keadaan yang janggal itu.
" Eh, tidak apa, tiada apa-apa masalah bagi saya. Itu cuma kerja sahaja...Itu semua kawan-kawan Sukma ya?" Aku harap penukaran topik kepada isu peribadi kepada pertanyaan tentang kawan-kawannya itu berkesan mengubah situasi yang
" Oh ya, kenalkan, yang seorang itu Anis, yang baju biru itu Mar namanya"
Aku melambai ke arah rakan-rakan Sukma. Mereka turut melambai ke arah aku. Perbualan itu berlarutan untuk 40 minit. Sukma seorang gadis yang sangat mesra. Mungkin bentuk kerjayanya menjadikan dia begitu senang dan mudah merobohkan dinding-dinding mekanisma bela diri aku, agar aku juga menjadi lebih mesra dan bersifat terbuka dan menerima komunikasi yang berlaku dalam keadaan mesra. Mesra seperti sudah kenal lama.
Dalam masa 40 minit itu, aku tahu dia berasal dari Medan. Awalnya bekerja di Kilang, tetapi kerana kegawatan ekonomi, kilang membuang pekerja, dia tidak mahu balik kerana tiada kerja di negara asalnya, dalam masa yang sama, dia mempunyai hubungan intim dengan lelaki tempatan, yang berjanji mahu mengahwininya namun dia ditipu apabila lelaki tersebut tidak mahu meninggalkan isterinya. Dia kemudiannya berkerja itu dan ini, dan akhirnya memilih untuk melayan lelaki yang kebanyakkannya pelancong asing yang sanggup membayar jumlah wang yang 'ok' untuk setiap kali sesi perkhdimatan.
Dari perbualan secara tidak langsung, aku dapat mengetahui dia mempunyai kesedaran tentang penyakit STD. Tanpa alat perlindungan, perkhidmatan tidak dijalankan. Terima kasih kepada aktivis wanita tempatan yang bertungkus lumus memberi kesedaran tentang perkara tersebut kepada wanita-wanita pekerja seks di sini.
Kejayaan aku paling besar adalah mengetahui umurnya yang baru berusia 22 tahun. Dia turut bertanyakan umur aku, aku suruh dia menekanya, dan dia menjawab - "25"
Aku angguk. Rata-ratanya orang akan gagal menjawab umur aku dengan tepat. Adakah wajah aku tidak cukup dewasa untuk umur aku, ataupun gaya aku tidak mencerminkan umur aku. Aku tidak tahu samada untuk rasa bangga atau untuk rasa 'insult' apabila orang sangka aku jauh muda bertahun-tahun dari umur aku yang sebenar.
Sebelum meminta diri, dia mengeluarkan i-phonenya, ambik kau, i-phone 4! aku pun pakai telefon 'charok'.
" Mari kita ambil gambar sama-sama..."
aku kelu..... ini sumpah janggal.
Tapi sebagai seorang 'gentleman' takkan aku tolak perlawaan tersebut. Aku bangun dan tarik kerusi duduk di sebelahnya. Dia mengambil gambar dari sudut high angle 45 darjah. Damn, aku tengok, gambar yang ditangkap itu. Mujur nampak ok. Aku tidak fotogenik, senang sahaja rupa aku kelihatan gampang di dalam gambar.
Selepas menangkap gambar Sukma minta diri, Mar dan Anis sudah menunggunya di luar kedai. Dia berlari kecil ke arah mereka. Kawan-kawannya tidak habis mengusik. Sebelum dia tinggalkan kedai, dia sempat menjeling dan melambai. Aku senyum dan membalas lambaiannya.
Sudah! Apa aku buat ni? Harap dia tidak mandrem gambar aku...hahahahahhaaha....
Sewaktu aku hendak membayar sarapan pagi aku, Ah Soh kata makanan aku sudah dibayar oleh Sukma. Aku senyum, rasa bingung pula dibelanja oleh gadis itu. Sebelum aku beredar, Ah Soh tegur aku.
" Lu haa.. mau jaga-jaga sikit tau dengan amoi-amoi indon tu..."
" hahaha.. ok, Ah Soh, u jangan risau ok?"
Ah Soh geleng-geleng kepala. Dari jauh sewaktu aku berjalan menuju ke tangga hotel, aku dengar dia bersembang dengan rakannya, mungkin mengumpat aku. Hahaha... ini pelik.
Memang pagi yang pelik.
No comments:
Post a Comment