Thursday, October 4, 2012
Kultur baru bagi hidup baru.
Aku selalu ingatkan diri aku untuk bangun awal setiap kali sebelum aku tidur. Bangun seawal yang boleh untuk dapat melihat 'indahnya' matahari naik dari timur, dan kemudian memancarkan sinarannya yang penuh vitamin D. Tapi faktabnya, aku akan gagal.
Hari ini aku sedar-sedar je dunia sudah pukul 1. Matahari sudah menegak atas kepala. Matahari itu sudah tidak memberi vitamin lagi, tetapi bloody ejen kanser untuk bloody hell kanser kulit. Dan seperti mana hari sebelumnya, aku menyesali dan mencarut diri yang selalu gagal untuk menunaikan janji pada diri sendiri bangun awal 'pagi' (pagi dalam konteks mereka yang bekerja 8-9, bukan pagi bagi freelancer yang biasanya bermula pukul 10).
Aku tidak tahu kegagalan aku bangun pagi hari ini adalah disebabkan 'imsomnia' kesan dari aktiviti bekerja (baca: menulis) pada waktu malam sebelum ini atau disebabkan jam biologi aku yang sudah bertahun-tahun aku tetapkan agar menerima pagi pada pukul 10. Walaupuan ianya, adalah satu period masa yang indah, maksud aku, bangun pagi pukul 10-11, sewaktu ber'freelancer dua tiga taun lepas. Tapi aku rasa aku sudah mahu ubah keadaan tersebut. Aku bukan lagi freelancer, dan ada beberapa perkara yang aku perlu lakukan dengan serius-tahi mulai sekarang. Dan aku mahu mulakan dengan mengubah jadual waktu hidup aku.
Perlu bangun awal, perlu mula menikmati sarapan pagi secara 'decent' di waktu pagi, mula membaca perkara berkaitan hal akademik sebelum tengah hari. Makan tengah hari, dapatkan 'nap' sebelum pukul 2 petang. Bangun dan kembali melakukan kerja-kerja akademik aku. Petang perlu ada 'tea time' sambil membaca buku-buku di luar bidang pengajian. Makan malam awal, menonton filem ( akan melaksanakan dasar 1 filem 1 hari), Perlu supper, dan tidur sebelum pukul 12-1 bagi mendapakan maksimum 8 jam tidur atau minimum 5 jam tidur.
Yeah ' it's fucking 'skema', aku tahu, tapi aku sudah jenuh berhuru hara terlampau dalam hidup aku. Mungkin aku akan bebaskan aku dari jadual 'skema belia' ini pada hari/malam minggu- Jumaat/ Sabtu. Itu akan jadi malam 'wild and free'. Seperti yang aku kata dalam entri ini, aku perlukan ion-ion negatif juga untuk menggerakkan aku.
Ok, sudah hampir pukul 4, perlu ke Secret Recipe Sri Iskandar untuk 'tea time', mungkin sepotong kek Banana Chocolate atau New York Cheese bersama secawan Chamomile Tea (entah ada ke tidak chamomile kat Secret Recipe, Sri Iskandar ni perlu ada Starbuck dan Coffee Bean dah ni) ditemani buku yang menerangkan falsafah seorang filsuf gila dari Jerman.
Hidup yang cuba aku rancangkan ini Cultured bukan? Hahahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment